Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Ahad, 27 Disember 2009

Rahsia Sebuah Kejayaan

"Saya akan belajar dan bersedia,
maka kesempatan akan datang." - Abraham Lincoln

Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat menjadi lebih produktif dengan 'membantu diri sendiri'.Tidak ada kehidupan yang tidak boleh dibuat berjaya melalui 'membantu diri'.

Kata 'JIKA...' dengan huruf besar inilah yang menjatuhkan manusia dan membuat mereka menjadi hamba, bukannya penguasa, jauh sebagai khalifah.

Kebanyakan orang percaya bahawa kejayaan dalam hidup mereka bergantung pada kerja keras semata, keuntungan, nasib, keadaan yang mengizinkan (mendukung), kekayaan yang tidak mereka miliki, bantuan dari luar,perhubungan atau pengorbanan-pengorbanan yang tidak dapat dijalani.Mereka tidak tahu

Percaya Kepada Diri Sendiri

Orang yang selalu bersandar (tidak berdikari) tidak percaya bahawa diri mereka mempunyai kekuatan sendiri sehingga mereka bergantung kepada orang lain yang dapat mengangkat,mendorong atau menarik mereka.

Orang seperti ini umpama caravan atau rumah kereta yang memerlukan kereta lain untuk menariknya, bagi membolehkan ia bergerak.

"Apabila anda membantu anak anda menaiki tangga dan menjaganya agar ia tidak terjatuh dari tangga itu, maka ia benar-benar akan terjatuh apabila anda meninggalkannya dan ia akan merasa kesepian dan hampa."- Andrew Carnegie.

Setiap individu perlu diberi peluang seawal mungkin untuk membentuk kepercayaan dan keyakinan diri supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan tanggungjawab diamanahkan bila masa telah tiba.

Pengetahuan tentang diri sendiri dan pengalaman yang dilalui dapat membentuk kekuatan dalaman dalam proses membentuk keyakinan dan kepercayaan diri yang diperlukan dalam bertindak dan membuat keputusan.

Sekiranya kita tidak sanggup memberi peluang untuk mereka mencuba, ini bermakna kita telah melakukan suatu pertimbangan yang tidak adil kepada mereka.

Inilah hukum alam yang harus kita gunakan atau kita sama sekali akan kehilangan kesempatan menggunakannya.Bila kita kalah atau gagal mengembangkan kekuatan kita sendiri,kita akan menjadi tidak berdaya di tengah lautan kehidupan,seperti kapal rapuh yang terumbang-ambing dan akhirnya terdampar di pantai sebagai bangkai!

Kalau kita mengenali diri kita yang sebenarnya, kita menjadi pemimpin,bukannya pemgikut; menjadi pemikir asli, bukan peniru; menjadi pengambil (pembuat) keputusan,bukan pencari nasihat;menjadi tiang yang berdiri kukuh, bukan orang yang memerlukan sandaran.

"Percayalah kepada diri anda sendiri,semua dada akan tergetar kerana kekuatannya."- Ralph Waldo Emerson.

Isnin, 21 Disember 2009

Sesi Persekolahan 2010

Sesi persekolahan 2010 akan bermula pada 4 Januari 2010.

Semoga anda semua telah bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang.

Sukatan Pelajaran Tingkatan 6

Sabtu, 12 Disember 2009

Pra-U SMKDPB

Selamat Datang ke laman blog Tingkatan 6 SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com