Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kolokium Pra-U Negeri Johor Ke3

Kolokium Pra-U Sekolah-Sekolah Negeri Johor dilangsungkan di Dewan Seri Gemilang SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor dari 6 hingga 8 Ogos 2010.



Di antara pengisian program ini ialah Pertandingan Catur Bestari,Pembentangan Kolokium,Teklimat Teknik Menjawab Soalan STPM Pengajian Am dan Bahasa Melayu,Ceramah Kerjaya dan Ceramah Halatuju/Memperkasa Tingkatan 6 oleh Ketua Eksekutif MPM.


Sebahagian pelajar pra-u yang menghadiri taklimat Teknik Menjawab Pengajian Am yang disdampaikan oleh pegawai MPM.







Sambutan menggalakkan daripada pelajar pra-u seluruh negeri Johor.

Isnin, 2 Ogos 2010

Kursus Asas Pertahanan Awam Pra-U SMKDPB Sesi 2010

Unit Pertahanan Awam Pra-U SMKDPB telah ditubuhkan pada tahun 2010.

Unit ini diketuai oleh En.Zahari Bin Zait di bawah Penyelaras Unit Ko-Kurikulum En.Airil Azhar Bin Mustapa.

Unit ini dianggotai oleh seramai 129 orang anggota dipimpin oleh 4 orang pegawai dari Jabatan Pertahanan Awan Malaysia Daerah Pontian yang diketui oleh En.Hairol Bin Ishak.


Latihan kawad kaki

Sebanyak 7 siri kursus telah dirancang dan sedang berjalan.Semua kurus dijalankan pada hari Satu.


Latihan kawad kebakaran

Pelajar yang berjaya menamatkan kursus ini akan dianugerahkan sijil keanggotaan JPA3 cawangan Pontian. Sijil ini boleh digunakan untuk keanggotaan JPA3 di peringkat universiti kelak.


Latihan pertolongan cemas CPR.

Sabtu, 31 Julai 2010

Program Kecemerlangan Pengajian Am 2 /900/2 Tahun 2010

Program Kecemerlangan Pengajian Kertas 2 ( 900/2) telah diadakan pada hari Ahad 1 Ogos 2010.

Ceramah kecemerlangan Penganjian Am Kertas 2 (900/2) ini telah disampaikan oleh Pn.Jamaliah Binti Shaharuddin, dari SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Penyertaan program ini adalah terbuka kepada senua pelajar Pra-U 1 dan Pra-U 2.


Penceramah bersama kaunselor.


Sebahagian peserta Pra-U 2.



Sebahagian peserta lelaki.

Peserta Pra-U 1.

Adalah diharapkan dengan menghadiri Program Kecemerlangan seperti ini pelajar dapat meningkatkan kecekapan menjawab soalan Pengajian Am kertas 2 (900/2) STPM dan seterusnya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar.

Ahad, 9 Mei 2010

Pendaftaran Pra-U Sesi 2010

Selamat Datang kepada pelajar baru Pra-U SMKDPB sesi 2010.

Seramai 149 orang pelajar baru yang telah menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Pra-U sesi 2010 telah melaksanakan pendaftaran mereka di Dewan Sri Gemilang SMK.Dato'Penggawa Barat.

Pelajar-pelajar baru ini terdiri daripada bekas pelajar SMK.Dato'Penggawa Barat, SMK.Dato' Ali Hj Ahmad, SMK.Sri Perhentian, SMK.Kayu Ara Pasong, SMK.Bt.34 dan beberapa buah sekolah sekitar bandar Pontian.

Dua aliran ditawarkan kepada pelajar yang mendaftarm di SMK.Dato'Penggawa Barat, iaitu Jurusan Sains dan Jurusan Kemanusiaan.

Jurusan Sains 95 orang; lelaki 29 orang dan 66 orang perempuan. Jurusan Sastera 54 orang; lelaki 54 orang dan 22 orang perempuan.

Pelajar yang terpilih dan telah mendaftar sebagai pelajar Pra-U akan mengikuti Minggu Suaikenal bermula 10 Mei 2010 hingga 14 Mei 2010.



















Khamis, 29 April 2010

Contoh Soalan Bahagian D: PENGAJIAN AM KERTAS 2

BAHAGIAN D

TEKNIK PENYOALAN PENGAJIAN AM KERTAS 2

1. Berdasarkan maklumat berikut, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan jualan beberapa jenis kereta di Malaysia dalam tempoh yang dinyatakan.

2. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar indeks harga pengguna di negara-negara ASEAN terpiiih dari tahun 2000 hingga 2004.

3. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, lukiskan carta yang sesuai bagi menunjukkan perbandingan kematian akibat penyakit tidak berjangkit terpiiih di Malaysia pada tahun 2000 dan 2005

4. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalarn petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kes kemalangan yang berlaku dalam pelbagai sektor pekeriaan di Malaysia pada tahun-tahun yang dinyatakan.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan pola perubahan jumlah kes kebakaran mengikut jenis di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004

6. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan ketibaan pelancong mengikut beberapa negara asal ke Semenanjung Malaysia bagi tahun 2004 berbanding dengan tahun 2005.

7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi menunjukkan import pelbagai barangan dan keperluan Malaysia daripada pelbagai haluan pada
tahun 2005.

Khamis, 22 April 2010

Kokurikulum Tingkatan 6

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

KOKURIKULUM

Aktiviti kokurikulum yang akan ditawarkan untuk murid Tingkatan 6 adalah aktiviti yang boleh membentuk ciri kepimpinan dan ketrampilan pelajar tersebut.

• Pelajar akan dilatih untuk berdikari dan melaksanakan aktiviti yang mengandungi unsur perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti peringkat sekolah. Tiga komponen ini diambil kira dalam pemarkahan pelajar tersebut.

• Unsur khidmat masyarakat perlu diterapkan dalam semua aktiviti kokurikulum tingkatan 6. Khidmat masyarakat ini boleh dilaksana dengan agensi luar ataupun khidmat kepada komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Aktiviti ini harus dikendalikan dan dirancang oleh pelajar tersebut dengan pengawasan dari pihak sekolah.

• Pelajar dikehendaki melaksanakan projek kumpulan bagi membantu komuniti sekeliling atau sekolah. Perlu ada individu/kumpulan sasaran dan bantuan atau khidmat yang ingin dilaksanakan dalam bentuk kertas konsep untuk kelulusan pihak sekolah. Projek ini mesti berakhir dengan penyelesaian kepada masalah yang dikenalpasti.

Polio Guru Tingkatan 6

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

a. Semua aktiviti guru tingkatan 6 perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan. Setiap orang guru tingkatan 6 termasuklah guru penolong kanan tingkatan 6 harus menyediakan empat jenis folio bagi tujuan pemantauan.

Folio-folio tersebut adalah :


o Pengajaran dan pembelajaran
o Penyelidikan
o Penilaian dan taksiran
o Kokurikulum

b. Kandungan folio guru tingkatan 6 harus dikendali dan diurus dengan memastikan komponen bagi setiap folio lengkap dan kemaskini. Komponen bagi setiap folio adalah seperti yang tersenarai di bawah:

1. Folio Pengajaran dan Pembelajaran

Komponen folio P & P adalah seperti berikut:
• Jadual waktu peribadi
• Jadual waktu kelas
• Perancangan pengajaran setiap semester
• Perancangan pengajaran mingguan
• Perancangan pengajaran harian
• Bahan cetakan yang digunakan dalam kelas
• Nama pelajar bagi kelas yang diajar
• Biodata pelajar (bagi guru kelas)
• Refleksi harian

2. Folio Penyelidikan

• Jadual perancangan penyelidikan pelajar meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan.
• Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan pelajar
• Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
• Jadual konsultasi dengan pelajar
• Laporan konsultasi dengan pelajar
• Refleksi konsultasi dengan pelajar (bagi setiap pelajar – 2 minggu sekali (Laporan kemajuan))
• Perancangan pembentangan pelajar untuk diberi penilaian.
• Jadual perancangan penyelidikan guru meliputi perjumpaan, perbincangan dan minit curai setiap perjumpaan (jika buat berkumpulan)
• Pelan tindakan (Carta Gantt) pelaksanaan penyelidikan.
• Bukti proses penyelidikan dilaksanakan.
• Refleksi mingguan tentang proses penyelidikan
• Penulisan laporan/hasil penyelidikan
• Bukti pembentangan dalam kolokium di peringkat sekolah/Daerah/Negeri/Antarabangsa

3. Folio Penilaian dan Taksiran

• Perancangan penilaian tahunan
• Soalan latihan/ujian/kuiz/peperiksaan
• Skema permarkahan ujian/peperiksaan
• Senarai nama pelajar yang diajar dan markah yang kemas kini
• Bukti penggubalan item soalan dan skema permarkahan (tugas luar bilik darjah/tanpa interaksi)
• Borang markah/penilaian murid bagi pembentangan dan penyelidikan

4. Folio Kokurikulum

. Jadual penglibatan kokurikulum
. Laporan aktiviti kokurikulum
. Perancangan tahunan aktiviti kokurikulum yang dipegang.
. Senarai nama murid di bawah seliaan.
. Rekod pencapaian murid di bawah seliaan.

Penstrukturan Baru Pengurusan Tingkatan 6

LAMPIRAN A

GARIS PANDUAN PENGURUSAN TINGKATAN 6

1. STRUKTUR ORGANISASI DI SEKOLAH



PENGETUA

GURU-GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 1 – 5
(GPK 1, GPK HEM, GPK KOKU, GPK PETANG)

• Pentadbiran
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid
• Kokurikulum

GURU-GURU PENOLONG KANAN TINGKATAN 6
• Pentadbiran
• Kurikulum
• Hal Ehwal Murid
• Kokurikulum

AKTIVITI
SEKOLAH






2. PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 6


2.1 Bilangan waktu mengajar bagi semua mata pelajaran Tingkatan 6 termasuk MUET adalah 8 waktu. (40 minit setiap waktu).

2.2 Jumlah waktu keseluruhan pengajaran bagi satu mata pelajaran Tingkatan 6 tidak boleh kurang daripada 320 minit.




B. BIDANG DAN SENARAI TUGAS
:

1. BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENOLONG KANAN
TINGKATAN 6


1. Mengajar 8 waktu seminggu.
2. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengurusan dan pentadbiran T6.
3. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kurikulum T6.
4. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Hal Ehwal Murid T6.
5. Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusan Kokurikulum T6.
6. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan organisasi T6.
7. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pembangunan kendiri.


SENARAI TUGAS

1. Pengurusan dan Pentadbiran

1.1 Merancang dan melaksanakan perancangan strategik Tingkatan Enam.
1.2 Merancang dan mengurus pembukaan kelas Tingkatan Enam di sekolah.
1.3 Mengurus perancangan takwim sekolah.
1.4 Mengurus jadual waktu dan agihan tugas guru.
1.5 Mengurus hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.
1.6 Mengurus kutipan data dan maklumat.
1.7 Mengurus anggaran belanjawan tahunan sekolah .
1.8 Menyelaras semua jenis kutipan / bayaran.
1.9 Mengurus dan menyemak stok/inventori peralatan sekolah.
1.10 Membantu Pengetua membuat penilaian prestasi guru.
1.11 Menjalankan tugas yang diarahkan oleh pengetua dari semasa ke semasa.


2. Kurikulum


2.1. Menguruskan sukatan dan rancangan pelajaran tahunan dan harian.
2.2. Memantau perjalanan panitia mata pelajaran mengikut perancangan.
2.3. Mengurus, menyelia dan menyelenggara peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
2.4. Mengambil tindakan atau mencadang tindakan susulan terhadap laporan yang berkaitan dengan kurikulum.
2.5. Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
2.6. Menyelaras program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,
Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
2.7. Membantu di dalam pemilihan buku rujukan dan bahan Pusat Sumber.
2.8. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu ganti.
2.9. Menyelia dan mencerap pengajaran dan pembelajaran guru.
2.10. Menyelaras mesyuarat kurikulum.
2.11. Menyelia urusan Penyelidikan dan Pembangunan.
2.12. Memastikan guru akademik melaksanakan tugas seperti dalam
tugasan guru akademik.


3. Pengurusan Hal Ehwal Murid

3.1. Menyelaras urusan berkaitan kaunseling,keselamatan, kebajikan dan kesihatan murid, biasiswa, penerbitan dan percetakan.
3.2. Menguruskan aktiviti pembangunan, disiplin dan penampilan murid Mengurus rekod dan maklumat murid.
3.3. Mengurus dan mengemaskini rekod pendaftaran, kemasukan dan
penempatan, pertukaran dan menyemak buku kedatangan harian murid.


4. Pengurusan Kokurikulum


4.1. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum.
4.2. Menyelia urusan persatuan, kelab dan sukan & permainan.
4.3. Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
4.4. Menyelia pengurusan pemarkahan dan pensijilan kokurikulum.
4.5 Menyelia program –program kepimpinan murid.
4.6 Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam tugasan guru kokurikulum.



5. Pembangunan Kendiri / Profesionalisme

5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan sekolah ( Penyelidikan dan Pembangunan).
5.4 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukan.
5.5 Melibatkan diri dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.


6. Pembangunan Organisasi


6.1 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/masyarakat / komuniti.
6.2 Merancang pelaksanaan kursus/latihan untuk guru-guru.
.

2. GURU AKADEMIK TINGKATAN 6


a. Bilangan waktu mengajar bagi guru akademik tingkatan 6 ialah sekurang-kurangnya 16 waktu hingga maksimum 24 waktu.

Jumlah waktu mengajar guru tingkatan 6 dipenuhi dahulu dengan mata pelajaran tingkatan 6 sehingga mencapai tahap maksimum seboleh mungkin.

Atau

Jumlah minimum untuk mata pelajaran tingkatan 6 – 16 waktu , baki waktu boleh dipenuhi dengan mengajar tingkatan 1-5. (jika perlu)

b. Guru akademik yang menjawat gred jawatan yang tertinggi sama ada Gred DG 52 atau DG 48 di sekolah tersebut, perlu memegang jawatan khas di sekolah sama ada :

a. Setiausaha Peperiksaan Sekolah
b. Ketua Penyelidikan,
c. Ketua Unit Mata Pelajaran Tingkatan 6
d. AJK Majlis Kurikulum Sekolah

c. Bidang tugas guru akademik terbahagi kepada dua iaitu interaksi dengan pelajar dan tanpa interaksi dengan pelajar. (Sila rujuk rujuk Lampiran B).


3. GURU KOKURIKULUM

a. Senarai tugas dan tanggungjawab sama seperti guru akademik tingkatan 6.

b. Jika terdapat hanya seorang guru kokurikulum , guru tersebut adalah merupakan penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.

c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru kokurikulum, seorang guru
perlu dipilih sebagai penyelaras kokurikulum bagi pelajar tingkatan 6.

d. Senarai tugas penyelaras kokurikulum adalah seperti berikut:

i. Merancang dan menyelaras jadual tugas kokurikulum bagi guru tingkatan 6
ii. Merancang dan menyelaras aktiviti kokurikulum murid tingkatan 6.
iii. Menyelaras markah 10% kokurikulum dan menyimpan rekod.


4. GURU AMALI TINGKATAN 6

a. Senarai tugas dan tanggungjawab guru amali tingkatan 6 adalah sama seperti guru akademik tingkatan 6.

b. Jika terdapat hanya seorang guru amali sains tingkatan 6, guru tersebut dilantik menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal-makmal sains tingkatan 6. Beliau menjalankan tugas memastikan pengurusan makmal sains adalah seperti yang sepatutnya.

c. Jika terdapat lebih daripada seorang guru amali sains tingkatan 6, seorang guru perlu dipilih sebagai penyelaras bagi makmal-makmal sains tingkatan 6.

d. Jika terdapat guru amali pendidikan seni visual atau komputer, guru tersebut menjadi penyelaras dan bertanggungjawab terhadap makmal atau bilik mata pelajaran berkenaan.

Ahad, 21 Mac 2010

STPM 2009

1
KENYATAAN AKHBAR

oleh
Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO’ DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK
PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

tentang

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2009

1. Sukacita saya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM
2009 akan dikeluarkan pada hari ini, Khamis, 25 Februari 2010. Calon
sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh mendapatkan slip keputusan
di sekolah masing-masing pada jam 12:00 tengah hari pada hari ini
manakala calon persendirian akan mendapat slip keputusan mereka
melalui pos. Di samping itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan
peperiksaan melalui laman web MPM [www.mpm.edu.my] dan juga
sistem mesej singkat (sms) melalui talian 36363 atau 15888.
2. Peperiksaan bertulis STPM 2009 telah dijalankan dari 18 November
hingga 10 Disember 2009 di 758 buah pusat peperiksaan di seluruh
negara. Sebanyak 4,380 orang pengawas telah dilantik untuk
mentadbirkan peperiksaan ini di seluruh negara, manakala sebanyak
1,790 orang pemeriksa telah dilantik untuk memeriksa skrip jawapan
bagi 23 mata pelajaran.
3. Pada tahun 2009, sebanyak 55,663 orang calon telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
berbanding dengan 53,655 orang calon pada tahun 2008. Jumlah calon
yang mendaftar bertambah sebanyak 2,008 orang atau 3.74 peratus.
Daripada jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan
STPM 2009, sebanyak 48,771 (87.62%) adalah calon sekolah kerajaan,
1,641 (2.95%) calon sekolah swasta, 4,790 (8.61%) calon persendirian
individu, dan 457 (0.82%) calon sekolah kerajaan negeri, dan 4 (0.01%)
calon integriti. Perbandingan calon STPM 2008 dengan STPM 2009
mengikut jenis calon adalah seperti pada Lampiran 1.
2
4. Daripada 55,663 orang calon yang telah mendaftar, hanya 52,348 orang
calon (94.04%) telah hadir menduduki peperiksaan STPM berbanding
dengan 50,202 orang calon (93.56%) yang hadir pada tahun 2008.
5. Dari segi jantina, didapati sebanyak 34,225 orang calon yang hadir atau
65.38% adalah calon perempuan, dan 18,123 orang calon atau 34.62%
adalah calon lelaki. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, ini menunjukkan
bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan STPM 2009
masih mengatasi bilangan calon lelaki, iaitu dengan nisbah 2:1.
6. Dari segi aliran pula, 8,776 (16.76%) daripada calon yang hadir adalah
calon aliran sains, manakala bakinya adalah calon aliran sastera.
7. Dari segi kaum, bilangan calon Bumiputera yang hadir menduduki
peperiksaan STPM 2009 ialah 35,986 (68.74%), kaum Cina 12,592
(24.05%), kaum India 3,164 (6.04 %), dan kaum-kaum lain 606 (1.16%).
8. Sebanyak 23 mata pelajaran yang terdiri daripada 56 kertas soalan telah
ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2009. Calon dibenarkan
mengambil lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Walau
bagaimanapun, kebanyakan calon mengambil empat mata pelajaran
kerana Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan bahawa hanya
empat mata pelajaran yang diambil kira, iaitu Pengajian Am dan tiga
mata pelajaran lain, bagi tujuan pemilihan ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Hanya 13,205 calon mengambil 5 mata pelajaran, iaitu
25.23%.
9. Daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, 10 mata pelajaran
mempunyai bilangan calon terdaftar yang banyak selain mata pelajaran
Pengajian Am yang diambil oleh 55,047 calon. Bagi mata pelajaran
sains, tiga mata pelajaran yang popular ialah Mathematics T, Chemistry,
dan Biology. Bagi mata pelajaran sastera pula, tujuh mata pelajaran
yang popular ialah Bahasa Malaysia, Sejarah, Pengajian Perniagaan,
3
Ekonomi, Geografi, Kesusasteraan Melayu, dan Seni Visual. Bagi 12
mata pelajaran yang lain, bilangan calonnya kurang daripada 5,000
orang, dan calon yang paling sedikit adalah bagi mata pelajaran Further
Mathematics T, iaitu hanya 16 calon. Perbandingan bilangan calon yang
mendaftar STPM 2008 dengan STPM 2009 mengikut mata pelajaran
adalah seperti pada Lampiran 2.
10. Empat daripada mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan
STPM tidak diajar dalam jadual waktu persekolahan kerana bilangan
calon yang terlalu sedikit, iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in
English, dan Further Mathematics T. Calon yang mengambil mata
pelajaran ini belajar sendiri ataupun mengikuti kelas tuisyen.
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2009
11. Pada umumnya, prestasi calon yang memperoleh keputusan yang baik,
iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 atau lebih baik, adalah
tinggi pada tahun 2009 berbanding dengan calon tahun 2008, iaitu
35.93% calon pada tahun 2009 berbanding dengan 31.46% pada tahun
2008. PNGK dihitung berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi empat
mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.
12. Sebanyak 331 orang calon (0.97%) mendapat PNGK 4.00. Pada tahun
2008, peratusannya ialah 0.82%. Daripada jumlah ini, 159 orang adalah
calon aliran sastera dan 172 orang adalah calon aliran sains. Sebanyak
184 orang daripadanya adalah calon perempuan manakala 147 orang
adalah calon lelaki.
13. Begitu juga bagi PNGK 3.50 hingga 3.99, terdapat 10.71% calon pada
tahun 2009 berbanding dengan 8.90% pada tahun 2008. Prestasi calon
mengikut PNGK bagi STPM Tahun 2007, 2008 dan 2009 adalah seperti
yang tertera pada Lampiran 3.
4
14. Sebanyak 4,316 (8.24%) calon telah lulus penuh 5 mata pelajaran,
20,670 (39.49%) calon lulus penuh 4 mata pelajaran, 9,797 (18.72%)
calon lulus penuh 3 mata pelajaran, 7,412 (14.16%) calon lulus penuh 2
mata pelajaran, dan 6,251 (11.94%) calon lulus penuh 1 mata pelajaran.
15. Jumlah peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam 5 dan 4 mata
pelajaran telah meningkat, iaitu daripada 44.09% pada tahun 2008
kepada 47.73% pada tahun 2009. Calon sekolah kerajaan yang
mendapat lulus penuh dalam 5 dan 4 mata pelajaran juga menunjukkan
peningkatan, iaitu daripada 47.11% pada tahun 2008 kepada 50.61%
pada tahun 2009. Bilangan dan peratusan calon yang lulus penuh dalam
peperiksaan STPM 2008 dan STPM 2009 mengikut jenis calon adalah
seperti pada Lampiran 4.
16. Sebanyak 10 mata pelajaran, iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab,
Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi,
Ekonomi, Perakaunan, Mathematics T, dan Biology meningkat
prestasinya dalam peperiksaan STPM 2009 berdasarkan peratusan
calon yang lulus penuh berbanding dengan STPM 2008. Ini dapat dilihat
pada Lampiran 5.
17. Pada tahun 2009, sebanyak tiga mata pelajaran, iaitu Further
Mathematics T, Computing, dan Sains Sukan menurun prestasinya
dalam peperiksaan STPM 2009 berbanding dengan STPM 2008. Ini
dapat dilihat pada Lampiran 6.
18. Sebanyak 10 mata pelajaran pula dianggap tidak berubah prestasinya
kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2009
dengan tahun 2008 kurang daripada 2%. 10 mata pelajaran itu ialah
Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Syariah, Usuluddin,
Pengajian Perniagaan, Mathematics S, Physics, Chemistry, dan Seni
Visual. Ini dapat dilihat pada Lampiran 7.
5
19. Dua peratus dianggap tidak berubah kerana penetapan standard mata
pelajaran STPM bagi sistem peperiksaan yang sedia ada adalah
berdasarkan “rujukan norma”, iaitu mengambil kira perubahan min dan
sisihan piawai setiap mata pelajaran. Nilai min dan sisihan piawai yang
berbeza antara tahun boleh menyebabkan peratusan calon berubah
pada tahap kritikal, iaitu pada Gred C (lulus peringkat prinsipal yang
paling rendah).
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM JAWAPAN CALON BAGI
MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
20. Kertas soalan bagi tujuh mata pelajaran, iaitu Mathematics S,
Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry,
dan Biology telah disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris. Calon dibenarkan menulis jawapan sama ada
dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
21. Pada tahun 2009, 97.5% calon telah menjawab soalan dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya berbanding 92.7% pada tahun 2008, iaitu telah
meningkat sebanyak 4.8%. Peratusan calon yang menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam skrip jawapan peperiksaan STPM 2007,
2008 dan 2009 dapat dilihat pada Lampiran 8.
PRESTASI CALON YANG MENDAPAT 5 A DAN 4 A (PELAJAR
CEMERLANG)
22. Sebanyak 15 orang calon telah mencapai keputusan cemerlang, iaitu
Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 13
calon dalam STPM 2008. Daripada jumlah itu, enam calon adalah
pelajar aliran sains, manakala sembilan calon lagi adalah pelajar aliran
sastera. Senarai calon ini dapat dilihat pada Lampiran 9.
6
23. Bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat
empat Gred A pula ialah 259 orang, manakala bilangan calon yang
mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula ialah
60 orang. Oleh itu, jumlah calon yang mendapat empat Gred A pada
tahun 2009 ialah 334 orang berbanding dengan 267 orang pada tahun
2008. Bilangan calon yang mendapat gred A dalam lima dan empat
mata pelajaran adalah seperti pada Lampiran 10.
PERBANDINGAN PRESTASI CALON BANDAR DAN LUAR BANDAR
24. Jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara.
Prestasi calon bandar lebih baik daripada calon luar bandar. Calon
bandar yang mendapat 5A, 4A, dan 3A ialah 12.14% berbanding dengan
calon luar bandar 7.06%.
25. Calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A, dan 3A ialah
10.42% berbanding dengan calon luar bandar 7.20%. Calon bandar
aliran sains yang mendapat 5A, 4A, dan 3A pula ialah 15.64%
berbanding dengan calon luar bandar sebanyak 4.54%. Perbandingan
ini dapat dilihat pada Lampiran 11.
PRESTASI SEKOLAH
26. Prestasi sekolah diukur berdasarkan min Purata Nilai Gred Keseluruhan
(min PNGK), iaitu jumlah PNGK semua pelajar bagi sesebuah sekolah
dibahagikan dengan bilangan pelajar sekolah tersebut. Pada tahun
2009, prestasi sekolah kerajaan adalah lebih baik daripada tahun 2007
dan 2008. Pada tahun 2009, sebanyak 55 buah sekolah mencapai min
PNGK 2.80 atau lebih baik berbanding dengan 36 buah sekolah pada
tahun 2007 dan 25 buah sekolah pada tahun 2008.
7
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
27. Daripada 15 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran,
terdapat dua orang calon aliran sains dan tiga orang calon aliran sastera
yang mencapai gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil,
iaitu 13 kertas bagi aliran sains dan 10 kertas bagi aliran sastera. Lima
orang calon ini akan diberikan anugerah pelajar cemerlang bagi STPM
2009.
28. Majlis Peperiksaan Malaysia juga memberikan ganjaran khas kepada
tiga calon istimewa yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009
sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang
cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Di samping itu,
Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti seorang pelajar
terbaik dari luar bandar dengan mendapat keputusan 5 A (tetapi dua
kertas mendapat A-). Senarai pelajar cemerlang ini adalah seperti
pada Lampiran 12.
29. Sebagai menghargai pencapaian cemerlang kesemua kategori pelajar di
atas, Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan ganjaran wang
RM1,000, sijil penghargaan, dan sebuah plak kepada setiap pelajar.
30. Selain itu, sukacita saya memaklumkan bahawa pada majlis ini, seperti
pada tahun-tahun yang lepas, Majlis Peperiksaan Malaysia memberikan
juga anugerah yang sama kepada dua calon cemerlang dalam
Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2009, masingmasing
bagi MUET Pertengahan Tahun 2009 dan MUET Akhir Tahun
2009. Nama kedua-dua pelajar berkenaan adalah seperti pada
Lampiran 13.
31. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam
peperiksaan STPM 2009, dan MUET Pertengahan serta Akhir Tahun
2009, khususnya kepada pelajar yang akan menerima anugerah sebagai
8
pelajar cemerlang di majlis ini. Tidak lupa sekalung syabas kepada ibu
bapa atau penjaga dan guru para pelajar cemerlang ini.
32. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua pihak, khususnya khidmat setia Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah yang telah membantu Majlis Peperiksaan
Malaysia dalam mentadbirkan peperiksaan STPM dan MUET 2009 ini
dengan lancar dan sempurna.

Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak
Pengerusi
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bandar Baru Selayang
Selangor Darul Ehsan
25 Februari 2010

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com