Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Ahad, 21 Mac 2010

STPM 2009

1
KENYATAAN AKHBAR

oleh
Y. BHG. PROF. TAN SRI DATO’ DZULKIFLI BIN ABDUL RAZAK
PENGERUSI MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

tentang

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA TAHUN 2009

1. Sukacita saya memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan STPM
2009 akan dikeluarkan pada hari ini, Khamis, 25 Februari 2010. Calon
sekolah kerajaan dan sekolah swasta boleh mendapatkan slip keputusan
di sekolah masing-masing pada jam 12:00 tengah hari pada hari ini
manakala calon persendirian akan mendapat slip keputusan mereka
melalui pos. Di samping itu, semua calon boleh mendapatkan keputusan
peperiksaan melalui laman web MPM [www.mpm.edu.my] dan juga
sistem mesej singkat (sms) melalui talian 36363 atau 15888.
2. Peperiksaan bertulis STPM 2009 telah dijalankan dari 18 November
hingga 10 Disember 2009 di 758 buah pusat peperiksaan di seluruh
negara. Sebanyak 4,380 orang pengawas telah dilantik untuk
mentadbirkan peperiksaan ini di seluruh negara, manakala sebanyak
1,790 orang pemeriksa telah dilantik untuk memeriksa skrip jawapan
bagi 23 mata pelajaran.
3. Pada tahun 2009, sebanyak 55,663 orang calon telah mendaftar untuk
menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
berbanding dengan 53,655 orang calon pada tahun 2008. Jumlah calon
yang mendaftar bertambah sebanyak 2,008 orang atau 3.74 peratus.
Daripada jumlah calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan
STPM 2009, sebanyak 48,771 (87.62%) adalah calon sekolah kerajaan,
1,641 (2.95%) calon sekolah swasta, 4,790 (8.61%) calon persendirian
individu, dan 457 (0.82%) calon sekolah kerajaan negeri, dan 4 (0.01%)
calon integriti. Perbandingan calon STPM 2008 dengan STPM 2009
mengikut jenis calon adalah seperti pada Lampiran 1.
2
4. Daripada 55,663 orang calon yang telah mendaftar, hanya 52,348 orang
calon (94.04%) telah hadir menduduki peperiksaan STPM berbanding
dengan 50,202 orang calon (93.56%) yang hadir pada tahun 2008.
5. Dari segi jantina, didapati sebanyak 34,225 orang calon yang hadir atau
65.38% adalah calon perempuan, dan 18,123 orang calon atau 34.62%
adalah calon lelaki. Seperti pada tahun-tahun yang lalu, ini menunjukkan
bilangan calon perempuan yang menduduki peperiksaan STPM 2009
masih mengatasi bilangan calon lelaki, iaitu dengan nisbah 2:1.
6. Dari segi aliran pula, 8,776 (16.76%) daripada calon yang hadir adalah
calon aliran sains, manakala bakinya adalah calon aliran sastera.
7. Dari segi kaum, bilangan calon Bumiputera yang hadir menduduki
peperiksaan STPM 2009 ialah 35,986 (68.74%), kaum Cina 12,592
(24.05%), kaum India 3,164 (6.04 %), dan kaum-kaum lain 606 (1.16%).
8. Sebanyak 23 mata pelajaran yang terdiri daripada 56 kertas soalan telah
ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2009. Calon dibenarkan
mengambil lima mata pelajaran termasuk Pengajian Am. Walau
bagaimanapun, kebanyakan calon mengambil empat mata pelajaran
kerana Kementerian Pengajian Tinggi telah menetapkan bahawa hanya
empat mata pelajaran yang diambil kira, iaitu Pengajian Am dan tiga
mata pelajaran lain, bagi tujuan pemilihan ke Institusi Pengajian Tinggi
Awam (IPTA). Hanya 13,205 calon mengambil 5 mata pelajaran, iaitu
25.23%.
9. Daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, 10 mata pelajaran
mempunyai bilangan calon terdaftar yang banyak selain mata pelajaran
Pengajian Am yang diambil oleh 55,047 calon. Bagi mata pelajaran
sains, tiga mata pelajaran yang popular ialah Mathematics T, Chemistry,
dan Biology. Bagi mata pelajaran sastera pula, tujuh mata pelajaran
yang popular ialah Bahasa Malaysia, Sejarah, Pengajian Perniagaan,
3
Ekonomi, Geografi, Kesusasteraan Melayu, dan Seni Visual. Bagi 12
mata pelajaran yang lain, bilangan calonnya kurang daripada 5,000
orang, dan calon yang paling sedikit adalah bagi mata pelajaran Further
Mathematics T, iaitu hanya 16 calon. Perbandingan bilangan calon yang
mendaftar STPM 2008 dengan STPM 2009 mengikut mata pelajaran
adalah seperti pada Lampiran 2.
10. Empat daripada mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan
STPM tidak diajar dalam jadual waktu persekolahan kerana bilangan
calon yang terlalu sedikit, iaitu Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Literature in
English, dan Further Mathematics T. Calon yang mengambil mata
pelajaran ini belajar sendiri ataupun mengikuti kelas tuisyen.
ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2009
11. Pada umumnya, prestasi calon yang memperoleh keputusan yang baik,
iaitu Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 atau lebih baik, adalah
tinggi pada tahun 2009 berbanding dengan calon tahun 2008, iaitu
35.93% calon pada tahun 2009 berbanding dengan 31.46% pada tahun
2008. PNGK dihitung berdasarkan nilai gred mata pelajaran bagi empat
mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.
12. Sebanyak 331 orang calon (0.97%) mendapat PNGK 4.00. Pada tahun
2008, peratusannya ialah 0.82%. Daripada jumlah ini, 159 orang adalah
calon aliran sastera dan 172 orang adalah calon aliran sains. Sebanyak
184 orang daripadanya adalah calon perempuan manakala 147 orang
adalah calon lelaki.
13. Begitu juga bagi PNGK 3.50 hingga 3.99, terdapat 10.71% calon pada
tahun 2009 berbanding dengan 8.90% pada tahun 2008. Prestasi calon
mengikut PNGK bagi STPM Tahun 2007, 2008 dan 2009 adalah seperti
yang tertera pada Lampiran 3.
4
14. Sebanyak 4,316 (8.24%) calon telah lulus penuh 5 mata pelajaran,
20,670 (39.49%) calon lulus penuh 4 mata pelajaran, 9,797 (18.72%)
calon lulus penuh 3 mata pelajaran, 7,412 (14.16%) calon lulus penuh 2
mata pelajaran, dan 6,251 (11.94%) calon lulus penuh 1 mata pelajaran.
15. Jumlah peratusan calon yang mendapat lulus penuh dalam 5 dan 4 mata
pelajaran telah meningkat, iaitu daripada 44.09% pada tahun 2008
kepada 47.73% pada tahun 2009. Calon sekolah kerajaan yang
mendapat lulus penuh dalam 5 dan 4 mata pelajaran juga menunjukkan
peningkatan, iaitu daripada 47.11% pada tahun 2008 kepada 50.61%
pada tahun 2009. Bilangan dan peratusan calon yang lulus penuh dalam
peperiksaan STPM 2008 dan STPM 2009 mengikut jenis calon adalah
seperti pada Lampiran 4.
16. Sebanyak 10 mata pelajaran, iaitu Pengajian Am, Bahasa Arab,
Literature in English, Kesusasteraan Melayu, Sejarah, Geografi,
Ekonomi, Perakaunan, Mathematics T, dan Biology meningkat
prestasinya dalam peperiksaan STPM 2009 berdasarkan peratusan
calon yang lulus penuh berbanding dengan STPM 2008. Ini dapat dilihat
pada Lampiran 5.
17. Pada tahun 2009, sebanyak tiga mata pelajaran, iaitu Further
Mathematics T, Computing, dan Sains Sukan menurun prestasinya
dalam peperiksaan STPM 2009 berbanding dengan STPM 2008. Ini
dapat dilihat pada Lampiran 6.
18. Sebanyak 10 mata pelajaran pula dianggap tidak berubah prestasinya
kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2009
dengan tahun 2008 kurang daripada 2%. 10 mata pelajaran itu ialah
Bahasa Malaysia, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Syariah, Usuluddin,
Pengajian Perniagaan, Mathematics S, Physics, Chemistry, dan Seni
Visual. Ini dapat dilihat pada Lampiran 7.
5
19. Dua peratus dianggap tidak berubah kerana penetapan standard mata
pelajaran STPM bagi sistem peperiksaan yang sedia ada adalah
berdasarkan “rujukan norma”, iaitu mengambil kira perubahan min dan
sisihan piawai setiap mata pelajaran. Nilai min dan sisihan piawai yang
berbeza antara tahun boleh menyebabkan peratusan calon berubah
pada tahap kritikal, iaitu pada Gred C (lulus peringkat prinsipal yang
paling rendah).
PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DALAM JAWAPAN CALON BAGI
MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK
20. Kertas soalan bagi tujuh mata pelajaran, iaitu Mathematics S,
Mathematics T, Further Mathematics T, Computing, Physics, Chemistry,
dan Biology telah disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris. Calon dibenarkan menulis jawapan sama ada
dalam bahasa Inggeris atau bahasa Malaysia.
21. Pada tahun 2009, 97.5% calon telah menjawab soalan dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya berbanding 92.7% pada tahun 2008, iaitu telah
meningkat sebanyak 4.8%. Peratusan calon yang menggunakan bahasa
Inggeris sepenuhnya dalam skrip jawapan peperiksaan STPM 2007,
2008 dan 2009 dapat dilihat pada Lampiran 8.
PRESTASI CALON YANG MENDAPAT 5 A DAN 4 A (PELAJAR
CEMERLANG)
22. Sebanyak 15 orang calon telah mencapai keputusan cemerlang, iaitu
Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding dengan 13
calon dalam STPM 2008. Daripada jumlah itu, enam calon adalah
pelajar aliran sains, manakala sembilan calon lagi adalah pelajar aliran
sastera. Senarai calon ini dapat dilihat pada Lampiran 9.
6
23. Bilangan calon yang mengambil empat mata pelajaran dan mendapat
empat Gred A pula ialah 259 orang, manakala bilangan calon yang
mengambil lima mata pelajaran dan mendapat empat Gred A pula ialah
60 orang. Oleh itu, jumlah calon yang mendapat empat Gred A pada
tahun 2009 ialah 334 orang berbanding dengan 267 orang pada tahun
2008. Bilangan calon yang mendapat gred A dalam lima dan empat
mata pelajaran adalah seperti pada Lampiran 10.
PERBANDINGAN PRESTASI CALON BANDAR DAN LUAR BANDAR
24. Jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara.
Prestasi calon bandar lebih baik daripada calon luar bandar. Calon
bandar yang mendapat 5A, 4A, dan 3A ialah 12.14% berbanding dengan
calon luar bandar 7.06%.
25. Calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A, dan 3A ialah
10.42% berbanding dengan calon luar bandar 7.20%. Calon bandar
aliran sains yang mendapat 5A, 4A, dan 3A pula ialah 15.64%
berbanding dengan calon luar bandar sebanyak 4.54%. Perbandingan
ini dapat dilihat pada Lampiran 11.
PRESTASI SEKOLAH
26. Prestasi sekolah diukur berdasarkan min Purata Nilai Gred Keseluruhan
(min PNGK), iaitu jumlah PNGK semua pelajar bagi sesebuah sekolah
dibahagikan dengan bilangan pelajar sekolah tersebut. Pada tahun
2009, prestasi sekolah kerajaan adalah lebih baik daripada tahun 2007
dan 2008. Pada tahun 2009, sebanyak 55 buah sekolah mencapai min
PNGK 2.80 atau lebih baik berbanding dengan 36 buah sekolah pada
tahun 2007 dan 25 buah sekolah pada tahun 2008.
7
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG
27. Daripada 15 calon yang mendapat Gred A dalam lima mata pelajaran,
terdapat dua orang calon aliran sains dan tiga orang calon aliran sastera
yang mencapai gred A dalam semua kertas peperiksaan yang diambil,
iaitu 13 kertas bagi aliran sains dan 10 kertas bagi aliran sastera. Lima
orang calon ini akan diberikan anugerah pelajar cemerlang bagi STPM
2009.
28. Majlis Peperiksaan Malaysia juga memberikan ganjaran khas kepada
tiga calon istimewa yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009
sebagai menghargai usaha mereka untuk mencapai keputusan yang
cemerlang walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Di samping itu,
Majlis Peperiksaan Malaysia telah mengenal pasti seorang pelajar
terbaik dari luar bandar dengan mendapat keputusan 5 A (tetapi dua
kertas mendapat A-). Senarai pelajar cemerlang ini adalah seperti
pada Lampiran 12.
29. Sebagai menghargai pencapaian cemerlang kesemua kategori pelajar di
atas, Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan ganjaran wang
RM1,000, sijil penghargaan, dan sebuah plak kepada setiap pelajar.
30. Selain itu, sukacita saya memaklumkan bahawa pada majlis ini, seperti
pada tahun-tahun yang lepas, Majlis Peperiksaan Malaysia memberikan
juga anugerah yang sama kepada dua calon cemerlang dalam
Malaysian University English Test (MUET) bagi tahun 2009, masingmasing
bagi MUET Pertengahan Tahun 2009 dan MUET Akhir Tahun
2009. Nama kedua-dua pelajar berkenaan adalah seperti pada
Lampiran 13.
31. Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya dalam
peperiksaan STPM 2009, dan MUET Pertengahan serta Akhir Tahun
2009, khususnya kepada pelajar yang akan menerima anugerah sebagai
8
pelajar cemerlang di majlis ini. Tidak lupa sekalung syabas kepada ibu
bapa atau penjaga dan guru para pelajar cemerlang ini.
32. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua pihak, khususnya khidmat setia Jabatan Pelajaran Negeri
dan Pejabat Pelajaran Daerah yang telah membantu Majlis Peperiksaan
Malaysia dalam mentadbirkan peperiksaan STPM dan MUET 2009 ini
dengan lancar dan sempurna.

Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli bin Abdul Razak
Pengerusi
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bandar Baru Selayang
Selangor Darul Ehsan
25 Februari 2010

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com