Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Ahad, 30 Disember 2012

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sesi persekolahan 2013.

7.25 - 8.00     :  Perhimpunan Rasmi

Waktu 2 & 3  :  Guru kelas masuk ke kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti Hari Pertama
                         Persekolahan 2013.

Waktu ke4 dan seterusnya : Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012

Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.



KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5

19 September 2012: Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pelaburan PNB 2012 yang telah mengekalkan JOHON Peringkat Kebangsaan. SYABAS Kepada adik Nurfirza Shahirah bt Wari, adik Siti Syazwani bt Samiri dan adik Aminnur Rusydi b. Pairus. Tahniah kepada  Pn. Norizah bt. Abd, Karim, Pengurus pasukan Kuiz Pelaburan PNB, SMKDPB. 


Hadiah berupa Piala Pusingan dan RM5,000.00 untuk sekolah, RM1,000.00 unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan untuk setiap peserta (3 peserta)

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Kategori Sekolah Menengah) ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai konsep pelaburan di samping menanam minat di kalangan mereka untuk mendekati dan mempelajari bidang yang berkaitan dengan pelaburan serta perancangan kewangan.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan. 


Program pendidikan jangka panjang ini menekankan faedah melabur dan keuntungan yang diperolehi darinya serta turut menekankan konsep risiko dan pulangan.Penganjurannya mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengetua, Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom dan seluruh warga sekolah yang telah menyokong dan mendoakan kejayaan kepada pasukan sekolah mencapai kemenangan yangcemerlang.
 
 
 

SMKDPB DI DADA AKHBAR

 
 
 
 

Selasa, 18 September 2012

Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula




18 Sept 2012 – Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Program ini dirasmikan oleh En. Muhamad Rozai Rafiq bin Mohd Rohani, Penolong Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri Johor, Cawangan Pontian.
                Program Sedetik Habitat 1 Malaysia adalah satu aktiviti di mana lebih 10,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia melafaz ikrar ‘Aku Janji’ secara serentak  pada 18 September 2012 jam 8.00 pagi untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara kemampanan petempatan manusia dan alam sekitar.
                Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu-isu semasa petempatan manusiadan perancangan alam sekitar, memandangkan pelajar adalah golongan pelapis pemimpin masa hadapan. Kesedaran awal sebegini diharapkan mematangkan minda dan menjadikan pelajar lebih peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan.
                Bank Kitar Semula berobjektif menerapkan amalan kitar semula khususnya dalam kalangan pelajar supaya membudayakannya dalam kehidupan seharian.
                Kedua-dua program ini yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia  akan dimasukkan ke dalam “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Jumaat, 7 September 2012

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri & Perasmian Laluan Berbumbung


7 September 2012 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuaran Kelab Guru SMK dato' Penggawa Barat telah diadakan dengan meriahnya. Sempena jamuan tersebut majlis merasmikan laluan berbumbung yang menghubungkan Dewan Seri Gemilang dengan pondok hentian bas telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Nasir bin Safar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan meraikan Hari Ulang Tahun Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom yang ke 55.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012


 



Sempena  sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH,  mewakili Menteri Besar Johor.


Pertandingan yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta, Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Dato' Penggawa Barat nampak ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan  bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu pelbagai warna.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hj. Md. Razi bin Hj. Md. Jidi yang dibantu oleh pelajar-pelajar asrama yang bertungkus-lumus membuat persediaan.

Selasa, 28 Ogos 2012

PAMERAN KERJAYA IPTS

Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai oleh  10 IPTS, antaranya The One Academy College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint College, Taylor’s University, Manipal International University (MIA), SEGI College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat maklumat yang berguna.

Rabu, 15 Ogos 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H

15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

BINGKISAN SYAWAL

15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
                Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi bahasa sepanjang masa.
                Semoga dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Rabu, 8 Ogos 2012

Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat

8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan 6 Bawah Mawar di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6, SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.
Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas” katanya.

Rabu, 1 Ogos 2012

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013










Pada 1 Ogos, Pilihan Raya Prauniversiti telah diadakan dengan jayanya. Ianya bertujuan bagi memilih ahli jawatankuasa MPPPU yang baru bagi sesi 2012/2013. Pilihan raya tersebut telah diadakan di Dewan Sri Gemilang. Selain pelajar – pelajar pra – u yang membuat pengundian, guru – guru dan barisan pentadbir Prauniversiti SMK DPB turut serta bagi membuat undian AJK MPPPU yang baru. Bagi melicinkan perjalanan pada pilihan raya tersebut, MPPU senior juga turut membantu dalam proses pilihan raya tersebut berlangsung.

Kempen Kibar Jalur Gemilang

1 Ogos 2012 : Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 55 telah diadakan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara. Majlis  bermula 7.00 pagi dengan upacara menaikan Jalur Gemilang diikuti majlis pelancaran, simbolik penyerahan bendera, tayangan multimedia, tokoh kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu jalur gemilang secara beramai-ramai.

Sabtu, 21 Julai 2012

PROGRAM TADARUS AL – QURAN PRAUNIVERSITI






Sepanjang bulan Ramadhan, bagi mengisi masa terluang pelajar – pelajar prauniversiti telah menyertai tadarus Al – Quran. Program ini telah disusun atur oleh pihak sekolah dengan jayanya. Ia bertujuan bagi mengisi masa terluang disamping dapat pembetulkan kaedah pembacaaan agar lebih lancar. Bagi pelajar- pelajar Prauniversiti mereka telah dibahagikan kepada 15 buah kumpulan. Dimana 10 kumpulan palajar lelaki dan 15 kumpula pelajar perempuan. Bagi mempertingkatkan balam pembacaan Al- Quran setiap kumpulan akan melantik seorang ketua bagi meperdengar dan menyemak pembacaan ahlinya. Selain itu, guru –guru juga terlibat secara langsung dalam program ini.

Khamis, 19 Julai 2012

HARI KOKURIKULUM DAN KOPERASI 2012

19 Julai – Sambutan Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Md. Haron bin Rahim CEO Hasil Persada Sdn. Bhd. Beliau turut menyempurnakan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Sri Gemilang pada pukul 2.00 petang.

 Bagi acara yang dianjurkan oleh unit Tingkatan Enam ialah Pertandingan Senamrobik, Pertandingan Catur, Pertandingan Catur Bestari, Pertandingan Tablesoccer, Pertandingan Spell it Right dan Pertandingan yang dianjurkan Kelab Kitar Semula.




Pelbagai aktiviti disediakan antaranya gerai jualan, permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’, perkhemahan, kawad kaki,  ‘explorace’ dan sebagainya. Antara objektif Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi diadakan adalah memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan, mengembangkan minat dan bakat  dalam aktiviti kokurikulum, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjadi ahli yang bertanggungjawab, membina kecerdasan mental dan kecergasan fizikal dan meningkatkan motivasi diri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMKDPB.
 Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah jualan pelbagai jenis makanan oleh para pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang. Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun senyum masih terukir di bibir mereka. Semangat yang ditunjukkan ini amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu program-program kelab  diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut.

Sabtu, 14 Julai 2012

KEJAYAAN PESERTA SMK DPB DI KARNIVAL PRAUNIVERSITI 2012






Pada 13 dan 14 Julai Karnival Prauniversiti peringkat daerah telah diadakan. Karnival ini diadakan di daerah Muar.  Sehubungan dengan itu SMK DPB telah menghantar wakil dalam acara sketsa,public speaking, bowling dan petanque. Dalam acara sketsa dan bowling (lelaki) telah merangkul naib johan dam kedua – dua acara tersebut. Dalam perlawanan petanque pula bagi kategori lelaki dan perempuan telah menyandang tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Jumaat, 13 Julai 2012

Hari Perbincangan Akademik 2012

13 Julai 2012 : Program transformasi berganda SMK Dato' Penggawa Barat diteruskan dengan Perjumpaan Perbincangan Akademik yang telah diadakan pada hari ini. Hampir 1000 ibubapa yang telah hadir menyertai program yang diadakan ini. Ibubapa juga telah diberikan motivasi dan keyakinan untuk mendorong dan membimbing anak-anak mereka yang terdiri dari murid-murid SMK Dato' Penggawa Barat untuk mencapai impian Sempurna A dan A+ bagi PMR, SPM dan STPM 2012. Hari Pembincangan Akdemik telah diadakan dengan jayanya. Ibu bapa atau penjaga pelajar telah hadir pada hari tersebut. Tujuan majlis diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman bagi mencapai visi,misi sekolah dan PIBG untuk menambahbaik pelajr dalam peperiksaanPMR,SPM dan STPM.Bagi pelajar – pelajar Prauniversiti 2, mereka dibahgikan kepada 3 kumpulan. Iaitu: Kumpulan A:pelajar yang mencapai NGMP 3.00 – 4.00 di Dewan Sri Gemilang Kumpulan B: pelajar yang mencapai NGMP 2.99 –1.80 didalam kelas masing- masing Kumpulan C: pelajar yang mencapai NGMP 1.80 ke bawah di bilik akses prauniversiti





KEBERANGKATAN WIRA – WIRA KE KARNIVAL PRAUNIVERSITI

Pada 13 Julai 2012 keberangakatan pelajar – pelajar prauniversiti bagi menyertai Kanival Prauniversiti peringkat negeri. Karnival tersebut diadakan di Daerah Muar. SMKDPB telah menghantar wakil bagi acara public speaking, sketsa, bowling dan petanque. Semoga dengan berkat usaha mereka yang gigih dapat mencapai kejaayan dalam acara yang disertai.

Khamis, 12 Julai 2012

PEMBENTANGAN MANIFESTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2012/2013







 SEBAHAGIAN CALON MPPPU YANG MENYAMPAIKAN MANIFESTO

Pada 12 Julai, pembentangan manifesto bagi MPPU Junior telah diadakan. Pembentangan tersebut diadakan di Dataran Munsyi. Pembentangan inI disertai seramai 17 calon – calon MPPU bagi sesi 2012/2013.. tujuannya adalah bagi memperkenalkan barisan MPPU junior disamping menarik pengundi – pengundi untuk mengundi mereka pada pilihanraya tidak lama lagi. Bagi jawatan yang di pertandingkan dalam pilihanraya kali ini ialah Presiden, Penolong Presiden, Setiausaha,Penolong,Bendahari, Penolong Bendahari dan AJK induk yang lain antaranya Biro Akademik,Biro Dakwah, Biro Kebudayaan, Biro Seranta Dan Fotografi dan Biri Sukan.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com