Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Jumaat, 31 Ogos 2012

Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012


 



Sempena  sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH,  mewakili Menteri Besar Johor.


Pertandingan yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta, Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Dato' Penggawa Barat nampak ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan  bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu pelbagai warna.


Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hj. Md. Razi bin Hj. Md. Jidi yang dibantu oleh pelajar-pelajar asrama yang bertungkus-lumus membuat persediaan.

Selasa, 28 Ogos 2012

PAMERAN KERJAYA IPTS

Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai oleh  10 IPTS, antaranya The One Academy College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint College, Taylor’s University, Manipal International University (MIA), SEGI College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat maklumat yang berguna.

Rabu, 15 Ogos 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H

15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

BINGKISAN SYAWAL

15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
                Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi bahasa sepanjang masa.
                Semoga dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Rabu, 8 Ogos 2012

Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat

8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan 6 Bawah Mawar di Kampung Jeram Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6, SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.
Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas” katanya.

Rabu, 1 Ogos 2012

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013










Pada 1 Ogos, Pilihan Raya Prauniversiti telah diadakan dengan jayanya. Ianya bertujuan bagi memilih ahli jawatankuasa MPPPU yang baru bagi sesi 2012/2013. Pilihan raya tersebut telah diadakan di Dewan Sri Gemilang. Selain pelajar – pelajar pra – u yang membuat pengundian, guru – guru dan barisan pentadbir Prauniversiti SMK DPB turut serta bagi membuat undian AJK MPPPU yang baru. Bagi melicinkan perjalanan pada pilihan raya tersebut, MPPU senior juga turut membantu dalam proses pilihan raya tersebut berlangsung.

Kempen Kibar Jalur Gemilang

1 Ogos 2012 : Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 55 telah diadakan agar murid-murid dapat menghayati dan mencintai serta menyayangi Malaysia seterusnya menghargai dan mempertahankan kedaulatan negara. Majlis  bermula 7.00 pagi dengan upacara menaikan Jalur Gemilang diikuti majlis pelancaran, simbolik penyerahan bendera, tayangan multimedia, tokoh kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu jalur gemilang secara beramai-ramai.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com