Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Selasa, 28 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN “PERFECT SCORE MILIKKU”2012


Pada 28 Februari 2012 hari Selasa, Majlis Pelancaran Perfect Score Milikku telah berlangsung. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Msduki b. Hj. Shahri,Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pada majlis tersebut bacaan ikrar akujanji Perfect Score telah dibacakan dan diketuai oleh wakil pelajar iaitu Mohd Zaid Adrizal.

Isnin, 20 Februari 2012

MAJLIS HARI KELAB PELABURAN BIJAK BERSAMA PERMODALAN NASIONAL BERHAD






Pada 18 dan 19 Februari 2012, pada hari Jumaat dan Sabtu, Karnival Hari Kelab Pelaburan Bijak bersama Permodalan Nasional Berhad telah berlangsung. Karnival tersebut berlangsung selama 2 hari di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Pada majlis tersebut menempatkan lebih 40 buah tapak pameran telah disediaakan untuk agensi kerajaan dan swasta. Tidak ketinggalan pihak sekolah juga turut serta dalam pemeran tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada 2 hari tersebut antaranya sesi ceramah mengenai pelaburan dan kuiz pertandingan bagi setiap gerai pameran. Sepanjang 2 hari karnival tersebut, lebih 5 000 pengunjung menghadiri karnival tersebut. Ini kerana pihak sekolah menjemput ibu bapa dan sekolah luar untuk turut serta pada hari itu. Terdapat banyak hadiah disediakan oleh pihak pengajur kepada para pengunjung. Majlis penutupan rasmi Kelab Pelaburan Bijak telah disempurnakan oleh Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman selaku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB.

Rabu, 15 Februari 2012

Aktiviti Senaman ‘ Exercise Coordinator’

Aktiviti senaman coordinator dijalankan seperti biasa bagi pelajar – pelajar tingkatan 6. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Selasa hingga Khamis. Setiap kelas akan bergilir – gilir mengetuai aktiviti ini. Setiap gerak – geri senaman tersebut akan diikuti oleh pelajar pelajar.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com