Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Sabtu, 28 April 2012

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB PENGAJIAN AM STPM DAERAH PONTIAN 2012.


Pada 28 April 2012, Sabtu, Program kecemerlangan Pengajian Am STPM 2012 telah diadakan dengan jayanya. Program tersebut diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK DPB, Pontian. Dalam program ini juga disertai beberapa buah sekolah yang lain. Antaranya SMK Sri Kukup, SMK Benut dan  SMK Sri Perhentian. Penceramah jemputan telah diundang bagi mendedahkan teknik menjawab bagi mata pelajaran ini. Penceramah tersebut ialah Pn. Jamaliah selaku guru dan penanda kertas peperiksaan Pengajian Am. Pelbagai teknik telah didedahkan kepada para pelajar khususnya pada kertas 2 dalam subjek ini.  





Rabu, 25 April 2012

BENGKEL KAJIAN TINDAKAN DAERAH PONTIAN 2012

25 April – Bengkel Penulisan Kajian Tindakan Sekolah-Sekolah Daerah Pontian telah dijalankan pada pagi ini di Dewan Gemilang, SMKDPB. Program yang bermula pada pukul 7.45 pagi telah tamat pada pukul 4.30 petang. Program ini disertai seramai 267 orang guru dari semua sekolah di daerah Pontian. Program yang berlangsung sehari ini dirasmikan oleh Tn Hj Abd Wahid bin Md Yusof – Penolong PPD Unit Teknik dan Vokasional sementara majlis penutupan rasmi disempurnakan oleh Tn Hj Hashim bin Mohd Dom – Pengetua SMKDPB merangkap Pengerusi Kajian Tindakan Daerah Pontian. Penceramah program ialah Tn Hj Abd Kahar bin Ismail. Beliau turut dibantu oleh AJK Kajian Tindakan Daerah Pontian dan Guru-guru Cemerlang Daerah Pontian. Diharapkan para peserta dapat menyiapkan penulisan hasil Kajian Tindakan seperti tarikh yang ditetapkan. Sekian.

Isnin, 23 April 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA SMK DPB, PONTIAN

Pada 23 April 2012, Isnin, sambutan hari buku sedunia telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim b. Mohd Dom selaku pengetua SMK DPB, Pontian. Objektif majlis tersebut adalah bagi menggalakkan khususnya warga SMK DPB bagi menanamkan sikap suka membaca. Justeru itu, sumbangan bahan bacaan berupa ilmiah turut diadakan. Ini bagi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.

Sabtu, 21 April 2012

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF PELAJAR – PELAJAR CEMERLANG PRA U SMK DPB

Pada 21 April 2012 – Sabtu, majlis penyerahan insentif kepada pelajar cemerlang pada sumatif 1 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis penyampaiaan insentif tesebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim b. Mohd Dom, selaku Pengetua SMK DPB. Permohonan insentif dilakukan sendiri oleh pelajar – pelajar yang berkelayakan. Terdapat 4 katageri kelayakan permohonan insentif. Antaranya 1- Pelajar yang mencapai NGMP 4.0
(Antara Pelajar yang mendapat 3.0 ke atas) 2- Pelajar yang mencapai NGMP 3.0 keatas
( Antara pelajar yang mencapai peningkatan 20%) 3- Terdapat peningkatan 20% dalam setiap mata pelajaran berbanding dengan peperiksaan akhir tahun 2011.
4- Pelajar yang gagal pada peperiksaan akhir tahun 2011 dan lulus pada sumatif 1 pada 2012 yang lulus sekurang – kurangnya 2 mata pelajaran.

Rabu, 18 April 2012

MAJLIS APRESIASI KITAR SEMULA 2012

18 April - Satu Majlis Apresiasi Kitar Semula 2012 telah diadakan pada hari ini bertujuan mengiktiraf SMKDPB sebagai penyumbang terbanyak kitar semula di negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh En. Zainal Fitri Bin Ahmad Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan pegawai-pegawai PPSPPA. Para pelajar diingatkan agar "FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG" Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMKDPB kerana Kelab Kitar Semula SMKDPB telah menyumbangkan bahan kitar semula tertinggi di Negeri Johor bagi tahun 2011.
Turut hadir juga Pegawai Pelajaran Daeran Pontian iaitu Tn. Hj. Msduki B. Hj. Shari. Pada tahun 2011 pihak sekolah berjaya menggumpulkan hasil bahan kitar semula daripada kertas sebanyak 4 162 kg dengan nilai jualan sebanyak RM 1 052.00. Penyerahan hasil jualan telah diserahkan kepada pihak sekolah dalam majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga penyampaian sijil dan cenderamata kepada para pelajar dan guru yang menyumbangkan bahan kitar semula melebihi 20 kg seorang. Sumbangan terbanyak mengikut kelas: 1- 6 Atas Kenanga – 165.0 kg 2- 6 Atas Kekwa – 89. 5 kg 3- 6 Atas Anggerik – 75.0 kg ANTARA AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SMK DPB SESI 2012 1- Mengumpul dan menjual kertas terbuang / surat khabar lama pada setiap bulan sebanyak 1 kg daripada pelajar dan 2 kg daripada guru dan kakitangan 2- Mengadakan ceramah, pameran,pertandingan dan peraduan menulis esei, kuiz / pidato kitar semula. 3- Merekacipta seni arca menggunakan barangan terbuang, seni lukis, gubahan 4- Peraduan buku skrap, kraf tangan dan syarahan 5- Gotong – royong membersihkan kawasan sekolah, awam dan baik pulih perabot sekolah 6- Lawatan sambil belajar ke Kilang Kitar Semula.

Sabtu, 14 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR,SPM DAN STPM 2012

Program kecemerlangan akademik PMR,SPM, dan STPM telah diadakan pada 14 April 2012,hari Sabtu. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK.DPB,Pontian. Pada program tersebut disertai ibu bapa/ penjaga pelajar – pelajar yang meghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Program tersebut anjuran bersama pihak PIBG SMK.DPB dan Unit Bimbingan Dan Kauseling SMK. DPB. Antara objektift program tersebut dijalankan ialah melibatkan rasa keterlibatan terhadap kecemerlangan pelajar disamping rasa kebertanggung jawaban kecemerlangan pelajar. Sesi ceramah turut diadakan kepada ibu bapa pada program tersebut. Penceramah diundang khas oleh pihak sekolah, iaitu Prof. Madya Dr. Hussin B. Junoh dan Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman Bin. Hj. Md. Jidi.

Rabu, 4 April 2012

PEMBENTANGAN KOLOKIUM PELAJAR – PELAJAR PRA U SMK DPB 2012

Pembentangan kolokium pelajar – pelajar tingkatan 6 Atas telah berlangsung pada 2,3 dan 4 April. Pembentangan ini mengikut tajuk yang dipilih oleh setiap kumpulan tersebut berdasarkan kajian yang dibuat. Pembahagian kumpulan terbahagi kepada 2 iaitu pelajar aliran sains dan sastera. Tempat pembentangan setiap kumpulan telah ditetapkan oleh guru penyelaras kolokium dan di sertai mentor guru masing – masing iaitu di BILIK AKSES dan UJANA ILMU. Guru mentor kumpulan mereka akan membuat penilaian terhadap persembahan power point kumpulan tersebut.
PERBINCANGAN KOLOKIUM
PEMBENTANGAN KOLOKIUM

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH PONTIAN.


Pada 3 dan 4 April 2012 pertandingan berbalas pantun telah di adakan dengan jayanya. Sebanyak 12 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut. SMK . Dato’ Penggawa Barat telah menjadi tuan rumah pada pertandingan kali ini.

4 April 2012 : SMK Dato' Penggawa Barat telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Pesta Pantun Daerah Pontian 2012. Pertandingan ini berlangsung selama 2 hari dan berakhir pada 4 April 2012. Antara sekolah yang terlibat ialah:

Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Baloi,Pontian
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perhentian, Pontian, Johor
Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Pontian
Sekolah Menengah Agama (Arab) Maahad Pontian

SMK Seri Kukup, Pontian telah memenangi Johan Pertandingan Pesta Pantun Daerah Pontian 2012. Manakala SMK Dato'Penggawa Barat telah mendapat Naib Johan di dalam pertandingan tersebut.


Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.
Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com