Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012

Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.



KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5

19 September 2012: Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pelaburan PNB 2012 yang telah mengekalkan JOHON Peringkat Kebangsaan. SYABAS Kepada adik Nurfirza Shahirah bt Wari, adik Siti Syazwani bt Samiri dan adik Aminnur Rusydi b. Pairus. Tahniah kepada  Pn. Norizah bt. Abd, Karim, Pengurus pasukan Kuiz Pelaburan PNB, SMKDPB. 


Hadiah berupa Piala Pusingan dan RM5,000.00 untuk sekolah, RM1,000.00 unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan untuk setiap peserta (3 peserta)

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Kategori Sekolah Menengah) ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai konsep pelaburan di samping menanam minat di kalangan mereka untuk mendekati dan mempelajari bidang yang berkaitan dengan pelaburan serta perancangan kewangan.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan. 


Program pendidikan jangka panjang ini menekankan faedah melabur dan keuntungan yang diperolehi darinya serta turut menekankan konsep risiko dan pulangan.Penganjurannya mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengetua, Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom dan seluruh warga sekolah yang telah menyokong dan mendoakan kejayaan kepada pasukan sekolah mencapai kemenangan yangcemerlang.
 
 
 

SMKDPB DI DADA AKHBAR

 
 
 
 

Selasa, 18 September 2012

Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula




18 Sept 2012 – Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Program ini dirasmikan oleh En. Muhamad Rozai Rafiq bin Mohd Rohani, Penolong Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri Johor, Cawangan Pontian.
                Program Sedetik Habitat 1 Malaysia adalah satu aktiviti di mana lebih 10,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia melafaz ikrar ‘Aku Janji’ secara serentak  pada 18 September 2012 jam 8.00 pagi untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara kemampanan petempatan manusia dan alam sekitar.
                Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu-isu semasa petempatan manusiadan perancangan alam sekitar, memandangkan pelajar adalah golongan pelapis pemimpin masa hadapan. Kesedaran awal sebegini diharapkan mematangkan minda dan menjadikan pelajar lebih peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan.
                Bank Kitar Semula berobjektif menerapkan amalan kitar semula khususnya dalam kalangan pelajar supaya membudayakannya dalam kehidupan seharian.
                Kedua-dua program ini yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia  akan dimasukkan ke dalam “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Jumaat, 7 September 2012

Jamuan Hari Raya Aidil Fitri & Perasmian Laluan Berbumbung


7 September 2012 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuaran Kelab Guru SMK dato' Penggawa Barat telah diadakan dengan meriahnya. Sempena jamuan tersebut majlis merasmikan laluan berbumbung yang menghubungkan Dewan Seri Gemilang dengan pondok hentian bas telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Nasir bin Safar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan meraikan Hari Ulang Tahun Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom yang ke 55.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com