Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.
Memaparkan catatan dengan label Kecemerlangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kecemerlangan. Papar semua catatan

Sabtu, 21 April 2012

MAJLIS PENYERAHAN INSENTIF PELAJAR – PELAJAR CEMERLANG PRA U SMK DPB

Pada 21 April 2012 – Sabtu, majlis penyerahan insentif kepada pelajar cemerlang pada sumatif 1 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis penyampaiaan insentif tesebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim b. Mohd Dom, selaku Pengetua SMK DPB. Permohonan insentif dilakukan sendiri oleh pelajar – pelajar yang berkelayakan. Terdapat 4 katageri kelayakan permohonan insentif. Antaranya 1- Pelajar yang mencapai NGMP 4.0
(Antara Pelajar yang mendapat 3.0 ke atas) 2- Pelajar yang mencapai NGMP 3.0 keatas
( Antara pelajar yang mencapai peningkatan 20%) 3- Terdapat peningkatan 20% dalam setiap mata pelajaran berbanding dengan peperiksaan akhir tahun 2011.
4- Pelajar yang gagal pada peperiksaan akhir tahun 2011 dan lulus pada sumatif 1 pada 2012 yang lulus sekurang – kurangnya 2 mata pelajaran.

Sabtu, 14 April 2012

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PMR,SPM DAN STPM 2012

Program kecemerlangan akademik PMR,SPM, dan STPM telah diadakan pada 14 April 2012,hari Sabtu. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK.DPB,Pontian. Pada program tersebut disertai ibu bapa/ penjaga pelajar – pelajar yang meghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Program tersebut anjuran bersama pihak PIBG SMK.DPB dan Unit Bimbingan Dan Kauseling SMK. DPB. Antara objektift program tersebut dijalankan ialah melibatkan rasa keterlibatan terhadap kecemerlangan pelajar disamping rasa kebertanggung jawaban kecemerlangan pelajar. Sesi ceramah turut diadakan kepada ibu bapa pada program tersebut. Penceramah diundang khas oleh pihak sekolah, iaitu Prof. Madya Dr. Hussin B. Junoh dan Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman Bin. Hj. Md. Jidi.

Selasa, 28 Februari 2012

MAJLIS PELANCARAN “PERFECT SCORE MILIKKU”2012


Pada 28 Februari 2012 hari Selasa, Majlis Pelancaran Perfect Score Milikku telah berlangsung. Majlis telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Msduki b. Hj. Shahri,Pegawai Pelajaran Daerah Pontian. Pada majlis tersebut bacaan ikrar akujanji Perfect Score telah dibacakan dan diketuai oleh wakil pelajar iaitu Mohd Zaid Adrizal.

Selasa, 24 Mei 2011

Peperiksaan Sumatif 2 Tingkatan 6 Atas

Selamat menghadapi peperiksaan Sumatif 2 tahun 2001 kepada semua pelajar Tingkatan 6 Atas SMK.Dato' Penggawa Barat.

Semoga anda semua beroleh kejayaan yang cemerlang.

Usaha anda akan mewarnai pencapaian yang akan anda kecapi.

Ganjaran kecemerlangan bergantung sejauh mana usaha gigih anda untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Usaha Jaya Bakti.

SMKDPB kami julang namamu, kami bangga denganmu.

Sabtu, 31 Julai 2010

Program Kecemerlangan Pengajian Am 2 /900/2 Tahun 2010

Program Kecemerlangan Pengajian Kertas 2 ( 900/2) telah diadakan pada hari Ahad 1 Ogos 2010.

Ceramah kecemerlangan Penganjian Am Kertas 2 (900/2) ini telah disampaikan oleh Pn.Jamaliah Binti Shaharuddin, dari SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Penyertaan program ini adalah terbuka kepada senua pelajar Pra-U 1 dan Pra-U 2.


Penceramah bersama kaunselor.


Sebahagian peserta Pra-U 2.



Sebahagian peserta lelaki.

Peserta Pra-U 1.

Adalah diharapkan dengan menghadiri Program Kecemerlangan seperti ini pelajar dapat meningkatkan kecekapan menjawab soalan Pengajian Am kertas 2 (900/2) STPM dan seterusnya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com