Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.
Memaparkan catatan dengan label Pra-u. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pra-u. Papar semua catatan

Khamis, 24 Januari 2013

Usrah Mingguan

Alhamdulillah, Usrah mingguan pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) telah dapat dijalankan dengan terancang dan teratur. Setiap kumpulan dapat menjalankan usrah dengan bimbingan guru-guru terlibat dan penglibatan ahli setiap kumpulan amat memberangsangkan walaupun inilah julung-julung kalinya usaha usrah di kalangan pelajar SMKDPB diadakan.


Seterusnya.........

Selasa, 15 Januari 2013

Program Kerohanian: Taklimat Program Usrah

Program usrah pelajar-pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) dimulakan dengan taklimat oleh Ust.Tn.Hj.Shukur Bin Talib.


Maklumat Usrah Pelajar Pra-u SMKDPB:

Ketua Kumpulan Lelaki:  
  • Mohd Safik (Dahlia)
  • Muhammad Amirul (mawar)
  • Mohd Aidil (Kekwa)
  • Syahrul Reeza (Kenanga)


Kumpulan pelajar perempuan:
  • Nora Farahana ( Dahlia)
  • Fara Norain (Dahlia)
  • Noraini (Mawar)
  • Nadzilah (Mawar)
  • Arina Md Noh (Kekwa)
  • Nur Diana Hazirah (Kekwa)
  • Nur Amira (Kenanga)
  • Yusnaida (Kenanga)

Selasa, 8 Januari 2013

Program Kerohanian Sesi 2013

Program Kerohanian pertama pelajar pra-u (SMKDPB) SMK>Dato' Penggawa Barat sesi 2013, bacaan Yassin dan taklimat penyelaras program.

Isnin, 7 Januari 2013

Perjumpaan Kelab

Akitivi kelab pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) bagi sesi 2013 dimulakan dengan mesyuarat pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2013 dan membincang serta merancang aktiviti kelab sepanjang penggal 2 sesi 2012/2013




Kelab Kitar Semula di bawah bimbingan Tn.Hj.Razi Bin Md Jidi



Kelab Warisan dan Kebudayaan di bawah bimbingan Tn.Hj.Azhar Bin Ahmad




Kelab Keusahawanan di bawah bimbingan Pn.Norizah Binti Abd karim

 
                                                                         
                            Kelab Informasi di bawah bimbingan Pn.Nurul Hashimah Binti Mokhtar


Selasa, 1 Januari 2013

Manual PBS ( Kerja Kursus )

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SEMESTER 2

Dapatkan manual PBS anda melalui link Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), klik pada link matapelajaran dipaparkan untuk memuat turun manual.

Sila muat turun untuk setiap matapelajaran yang anda ambil untuk rujukan dan panduan. ( KLIK DI SINI )



Ahad, 30 Disember 2012

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sesi persekolahan 2013.

7.25 - 8.00     :  Perhimpunan Rasmi

Waktu 2 & 3  :  Guru kelas masuk ke kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti Hari Pertama
                         Persekolahan 2013.

Waktu ke4 dan seterusnya : Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Rabu, 1 Ogos 2012

PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013










Pada 1 Ogos, Pilihan Raya Prauniversiti telah diadakan dengan jayanya. Ianya bertujuan bagi memilih ahli jawatankuasa MPPPU yang baru bagi sesi 2012/2013. Pilihan raya tersebut telah diadakan di Dewan Sri Gemilang. Selain pelajar – pelajar pra – u yang membuat pengundian, guru – guru dan barisan pentadbir Prauniversiti SMK DPB turut serta bagi membuat undian AJK MPPPU yang baru. Bagi melicinkan perjalanan pada pilihan raya tersebut, MPPU senior juga turut membantu dalam proses pilihan raya tersebut berlangsung.

Jumaat, 13 Julai 2012

Hari Perbincangan Akademik 2012

13 Julai 2012 : Program transformasi berganda SMK Dato' Penggawa Barat diteruskan dengan Perjumpaan Perbincangan Akademik yang telah diadakan pada hari ini. Hampir 1000 ibubapa yang telah hadir menyertai program yang diadakan ini. Ibubapa juga telah diberikan motivasi dan keyakinan untuk mendorong dan membimbing anak-anak mereka yang terdiri dari murid-murid SMK Dato' Penggawa Barat untuk mencapai impian Sempurna A dan A+ bagi PMR, SPM dan STPM 2012. Hari Pembincangan Akdemik telah diadakan dengan jayanya. Ibu bapa atau penjaga pelajar telah hadir pada hari tersebut. Tujuan majlis diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman bagi mencapai visi,misi sekolah dan PIBG untuk menambahbaik pelajr dalam peperiksaanPMR,SPM dan STPM.Bagi pelajar – pelajar Prauniversiti 2, mereka dibahgikan kepada 3 kumpulan. Iaitu: Kumpulan A:pelajar yang mencapai NGMP 3.00 – 4.00 di Dewan Sri Gemilang Kumpulan B: pelajar yang mencapai NGMP 2.99 –1.80 didalam kelas masing- masing Kumpulan C: pelajar yang mencapai NGMP 1.80 ke bawah di bilik akses prauniversiti





KEBERANGKATAN WIRA – WIRA KE KARNIVAL PRAUNIVERSITI

Pada 13 Julai 2012 keberangakatan pelajar – pelajar prauniversiti bagi menyertai Kanival Prauniversiti peringkat negeri. Karnival tersebut diadakan di Daerah Muar. SMKDPB telah menghantar wakil bagi acara public speaking, sketsa, bowling dan petanque. Semoga dengan berkat usaha mereka yang gigih dapat mencapai kejaayan dalam acara yang disertai.

Khamis, 12 Julai 2012

PEMBENTANGAN MANIFESTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2012/2013







 SEBAHAGIAN CALON MPPPU YANG MENYAMPAIKAN MANIFESTO

Pada 12 Julai, pembentangan manifesto bagi MPPU Junior telah diadakan. Pembentangan tersebut diadakan di Dataran Munsyi. Pembentangan inI disertai seramai 17 calon – calon MPPU bagi sesi 2012/2013.. tujuannya adalah bagi memperkenalkan barisan MPPU junior disamping menarik pengundi – pengundi untuk mengundi mereka pada pilihanraya tidak lama lagi. Bagi jawatan yang di pertandingkan dalam pilihanraya kali ini ialah Presiden, Penolong Presiden, Setiausaha,Penolong,Bendahari, Penolong Bendahari dan AJK induk yang lain antaranya Biro Akademik,Biro Dakwah, Biro Kebudayaan, Biro Seranta Dan Fotografi dan Biri Sukan.

Selasa, 10 Julai 2012

Senaman J-Robik 1M1S 2012

10 Julai 2012 : Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bersukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, program kecergasan J-Robik telah diadakan bertempat Dataran Munshi dan Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Pelbagai teknik senaman diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di sekolah dan juga di rumah. aktiviti senaman robik 1Murid 1Sukan telah dijalankan. Aktiviti ini selaras dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi pelajar – pelajar SMKDPB, senaman ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pelajar sesi pagi dan petang. Bagi pelajar – pelajar sesi pagi tingkatan 3 hingga pra –u 2 senaman ini dilakukan di dua buah tempat iaitu pelajar lelaki di Dataran Munsyi dan pelajar perampuan didalam Dewan Sri Gemilang.

Sabtu, 30 Jun 2012

KEM MOTIVASI PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK. DATO’ PENGGAWA BARAT.

Pada 28,29 dan 30 Jun Kem Motivasi bagi pelajar – pelajar prauniversiti 1 telah diadakan. Kem tersebut diadakan di Pusat Kokurikulum Johor Bahru. Kem ini telah disertai seramai 138 pelajar dan 4 orang fersilitator. Kem ini juga diiringi oleh beberapa  guru – guru penasihat MPPU dan barisan pentadbir parauniversiti SMKDPB. Tujuan kem ini diadakan adalah bagi membentuk palajar – pelajar pra – u yang berdedikasi di samping membentuk sahsiah serta tahapkecergasan pelajar.


Khamis, 21 Jun 2012

LAWATAN

Pada 21 Jun 2012, seramai 40 orang pelajar Prauniversiti 2 diiringi dengan 2 orang guru iaitu Cik Hamiza bin Talib dan Puan Hanafiah bin Sahad telah membuat lawatan ke Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012. Program tersebut diadakan di PERSADA, Johor Bahru. Lawatan dilakukan dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang. Lawatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Jumaat, 25 Mei 2012

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PRA-U

Pada 25 Mei, program motivasi kecemerlangan pelajar prauniversiti telah diadakan. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK DPB. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Hasanan b. Mohd Nor, pensyarah daripada UTM. Tujuan program diadakan adalah untuk menigkatkan daya pemikiran pelajar disamping dapat meningkatkan sahsiah mereka.

MAJLIS PERPISAHAN PN. NURULLASHIKIN BT. HJ. REE DAN PN. ROHANI BT. MUSTAPHA

Pada 25 Mei, Majlis perpisahan Pn. Nurullashikin dan Pn. Rohani telah diadakan. Majlis tersebut derlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK DPB. Pn Nurullashikin akan berpindah ke Melaka manakala Pn. Rohani berpindah ke Kelantan.

Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK. DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN



                                 
16 Mei, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan jayanya. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi Pendidikan Negara”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom, selaku pegetua sekolah.

 Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 


Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

Isnin, 7 Mei 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN 6 BAWAH 2012

Tarikh : 8 Mei 2012 (SELASA)
 Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’Penggawa Barat
Masa : 8.00 pagi

 SILA SEMAK KEMASUKAN TINGKATAN 6 2012 DI SINI
Pelajar yang berjaya boleh mencetak surat tawaran dengan  ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :
i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah
Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.
Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas tamat kursus PLKN dibenarkan.

Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, mereka perlulah membuat permohonan. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
 Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.
Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !

 Sekiranya anda mendapat imej paparan biru yang mengatakan anda gagal menempatkan diri ke Tingkatan 6 atau  anda tidak berjaya dalam tawaran kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2012.

Anda boleh membuat rayuan dengan melalui prosedur berikut:
1. Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah 2012 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK seperti di bawah.


2. Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan 2012.


3. Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana murid mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin yang baik.


4. Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon.


5. Semua rayuan yang diterima lewat daripada 16 Jun 2012 tidak akan dipertimbangkan.


* Nota:



Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan supaya mengulang semula peperiksaan SPM pada tahun 2012.

Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan enam bawah 2012 adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.

Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.
Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.


 UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK INI

Jumaat, 16 Mac 2012

AKTIVITI KEROHANIAN PELAJAR – PELAJAR MUSLIM PRA UNIVERSITI SMK DPB

Pada setiap hari Rabu, aktiviti kerohanian tetap dijalankan seperti biasa. Dalam aktiviti ini bacaan yassin turut diadakan selain slot tazkirah disampaikan oleh guru – guru. Aktiviti ini dilakukan di Surau Hidayah SMK DPB. Pada waktu pagi, di Dataran Musyi bacaan Al- Mathurat turut diadakan dan diketuai oleh wakil pelajar muslim

Sabtu, 7 Ogos 2010

Kolokium Pra-U Negeri Johor Ke3

Kolokium Pra-U Sekolah-Sekolah Negeri Johor dilangsungkan di Dewan Seri Gemilang SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian,Johor dari 6 hingga 8 Ogos 2010.



Di antara pengisian program ini ialah Pertandingan Catur Bestari,Pembentangan Kolokium,Teklimat Teknik Menjawab Soalan STPM Pengajian Am dan Bahasa Melayu,Ceramah Kerjaya dan Ceramah Halatuju/Memperkasa Tingkatan 6 oleh Ketua Eksekutif MPM.


Sebahagian pelajar pra-u yang menghadiri taklimat Teknik Menjawab Pengajian Am yang disdampaikan oleh pegawai MPM.







Sambutan menggalakkan daripada pelajar pra-u seluruh negeri Johor.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com