1 Ogos 2012 : Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan
Kemerdekaan Ke 55 telah diadakan agar murid-murid dapat menghayati dan
mencintai serta menyayangi Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatan negara. Majlis bermula 7.00 pagi dengan
upacara menaikan Jalur Gemilang diikuti majlis pelancaran, simbolik
penyerahan bendera, tayangan multimedia, tokoh kemerdekaan, deklamasi
sajak dan nyanyian lagu jalur gemilang secara beramai-ramai.
SEBAHAGIAN CALON MPPPU YANG MENYAMPAIKAN MANIFESTO
Pada 12 Julai, pembentangan manifesto bagi MPPU
Junior telah diadakan. Pembentangan tersebut diadakan di Dataran Munsyi.
Pembentangan inI disertai seramai 17 calon – calon MPPU bagi sesi 2012/2013..
tujuannya adalah bagi memperkenalkan barisan MPPU junior disamping menarik
pengundi – pengundi untuk mengundi mereka pada pilihanraya tidak lama lagi.
Bagi jawatan yang di pertandingkan dalam pilihanraya kali ini ialah Presiden,
Penolong Presiden, Setiausaha,Penolong,Bendahari, Penolong Bendahari dan AJK
induk yang lain antaranya Biro Akademik,Biro Dakwah, Biro Kebudayaan, Biro
Seranta Dan Fotografi dan Biri Sukan.

10 Julai 2012 : Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bersukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, program kecergasan J-Robik telah diadakan bertempat Dataran Munshi dan Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Pelbagai teknik senaman diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di sekolah dan juga di rumah. aktiviti senaman robik 1Murid 1Sukan telah dijalankan. Aktiviti ini selaras dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi pelajar – pelajar SMKDPB, senaman ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pelajar sesi pagi dan petang. Bagi pelajar – pelajar sesi pagi tingkatan 3 hingga pra –u 2 senaman ini dilakukan di dua buah tempat iaitu pelajar lelaki di Dataran Munsyi dan pelajar perampuan didalam Dewan Sri Gemilang.
3 July 2012 : Located at SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Johor Science and Technology Festival is one of the many events planned by Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Apart from providing exposure related to the latest development in science and technology, it is also meant to promote and delivery the innovative ideas that can be accessed by the community. It is a festival that showcases science and technology with the same freshness and flair that would be expected from an arts festival. Events can be varied, including exhibitions, live demonstrations of experiments, guided tours and panel discussions as well as events linking science to the arts or history, such as plays and competition. The core content is of science and technology, but the style comes from the world of the arts. The exhibitions were attended by approximately 2000 people.
Pada 28,29 dan 30 Jun Kem Motivasi bagi pelajar
– pelajar prauniversiti 1 telah diadakan. Kem tersebut diadakan di Pusat
Kokurikulum Johor Bahru. Kem ini telah disertai seramai 138 pelajar dan 4 orang
fersilitator. Kem ini juga diiringi oleh beberapa guru – guru penasihat MPPU dan barisan
pentadbir parauniversiti SMKDPB. Tujuan kem ini diadakan adalah bagi membentuk
palajar – pelajar pra – u yang berdedikasi di samping membentuk sahsiah serta tahapkecergasan pelajar.
27 Jun 2012: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKDPB kali ke-26 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Pada mesyuarat kali ini En. Rosdi bin Senan (Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia) telah sudi untuk merasmikan.
Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menerangkan kepada semua ahli tentang kebaikan koperasi sekolah dan mengucapkan tahniah kerana menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut agenda yang ditetapkan.
Mesyuarat kali ini telah membentangkan aktiviti dan jualan yang telah dilakukan oleh Koperasi sekolah sepanjang tahun lepas dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar yang merupakan ahli-ahli Koperasi. Selain itu juga, penyata kewangan juga telah dibentangkan bagi pengetahuan semua ahli.
Mesyuarat ini juga telah diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baru serta pengumuman perubahan Jawatankuasa Guru bagi Koperasi Sekolah.

Pada 21 Jun 2012, seramai 40 orang pelajar Prauniversiti 2 diiringi dengan 2 orang guru iaitu Cik Hamiza bin Talib dan Puan Hanafiah bin Sahad telah membuat lawatan ke Minggu Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor 2012. Program tersebut diadakan di PERSADA, Johor Bahru. Lawatan dilakukan dari pukul 3.00 petang sehingga 6.00 petang.
Lawatan ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para pelajar untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Pada 25 Mei, program motivasi kecemerlangan pelajar prauniversiti telah diadakan. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK DPB. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Hasanan b. Mohd Nor, pensyarah daripada UTM. Tujuan program diadakan adalah untuk menigkatkan daya pemikiran pelajar disamping dapat meningkatkan sahsiah mereka.
18 Mei, Majlis Penutupan Rasmi Minggu Haluan Pelajar
Prauniversiti 1 Tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut
berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMKDPB. Majlis Penutup Minggu Haluan Pelajar
tersebut dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom,selaku pengetua sekolah


16 Mei, telah
berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan jayanya. Tema
sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi
Pendidikan Negara”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B.
Mohd Dom, selaku pegetua sekolah.
Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor.
Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju
kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.
8 Mei 2012 : Sehingga kini seramai 126 calon Tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Dato' Penggawa Barat. Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6.
Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas.
Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.
Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology)
ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut
ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang
lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau
bahasa masing-masing.
Bagi
peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah
dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan
diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej
menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau
kemanusiaan.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
- 922 Kesusasteraan Melayu
- 940 Sejarah
- 942 Geografi
- 944 Ekonomi
- 946 Pengajian Perniagaan
- 948 Perakaunan
- 950 Mathematics S
- 954 Mathematics T
- 956 Further Mathematics T
- 960 Physics (Fizik)
- 962 Chemistry (Kimia)
- 964 Biology (Biologi])
- 970 Seni Visual
Pada 28 April 2012, Sabtu, Program
kecemerlangan Pengajian Am STPM 2012 telah diadakan dengan jayanya. Program
tersebut diadakan di Dewan Sri Gemilang SMK DPB, Pontian. Dalam program ini
juga disertai beberapa buah sekolah yang lain. Antaranya SMK Sri Kukup, SMK
Benut dan SMK Sri Perhentian. Penceramah
jemputan telah diundang bagi mendedahkan teknik menjawab bagi mata pelajaran
ini. Penceramah tersebut ialah Pn. Jamaliah selaku guru dan penanda kertas
peperiksaan Pengajian Am. Pelbagai teknik telah didedahkan kepada para pelajar
khususnya pada kertas 2 dalam subjek ini.
Pada 23 April 2012, Isnin, sambutan hari buku sedunia telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim b. Mohd Dom selaku pengetua SMK DPB, Pontian. Objektif majlis tersebut adalah bagi menggalakkan khususnya warga SMK DPB bagi menanamkan sikap suka membaca. Justeru itu, sumbangan bahan bacaan berupa ilmiah turut diadakan. Ini bagi bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
18 April - Satu Majlis Apresiasi Kitar Semula 2012 telah diadakan pada hari ini bertujuan mengiktiraf SMKDPB sebagai penyumbang terbanyak kitar semula di negeri Johor. Program ini turut dihadiri oleh En. Zainal Fitri Bin Ahmad Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Johor, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian dan pegawai-pegawai PPSPPA. Para pelajar diingatkan agar "FIKIR DAHULU SEBELUM BUANG"
Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada SMKDPB kerana Kelab Kitar Semula SMKDPB telah menyumbangkan bahan kitar semula tertinggi di Negeri Johor bagi tahun 2011.


Turut hadir juga Pegawai Pelajaran Daeran Pontian iaitu Tn. Hj. Msduki B. Hj. Shari.
Pada tahun 2011 pihak sekolah berjaya menggumpulkan hasil bahan kitar semula daripada kertas sebanyak 4 162 kg dengan nilai jualan sebanyak RM 1 052.00. Penyerahan hasil jualan telah diserahkan kepada pihak sekolah dalam majlis tersebut. Pada majlis tersebut juga penyampaian sijil dan cenderamata kepada para pelajar dan guru yang menyumbangkan bahan kitar semula melebihi 20 kg seorang.
Sumbangan terbanyak mengikut kelas:
1- 6 Atas Kenanga – 165.0 kg
2- 6 Atas Kekwa – 89. 5 kg
3- 6 Atas Anggerik – 75.0 kg
ANTARA AKTIVITI PROGRAM KITAR SEMULA SMK DPB SESI 2012
1- Mengumpul dan menjual kertas terbuang / surat khabar lama pada setiap bulan sebanyak 1 kg daripada pelajar dan 2 kg daripada guru dan kakitangan
2- Mengadakan ceramah, pameran,pertandingan dan peraduan menulis esei, kuiz / pidato kitar semula.
3- Merekacipta seni arca menggunakan barangan terbuang, seni lukis, gubahan
4- Peraduan buku skrap, kraf tangan dan syarahan
5- Gotong – royong membersihkan kawasan sekolah, awam dan baik pulih perabot sekolah
6- Lawatan sambil belajar ke Kilang Kitar Semula.
Program kecemerlangan akademik PMR,SPM, dan STPM telah diadakan pada 14 April 2012,hari Sabtu. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK.DPB,Pontian. Pada program tersebut disertai ibu bapa/ penjaga pelajar – pelajar yang meghadapi peperiksaan awam pada tahun ini. Program tersebut anjuran bersama pihak PIBG SMK.DPB dan Unit Bimbingan Dan Kauseling SMK. DPB. Antara objektift program tersebut dijalankan ialah melibatkan rasa keterlibatan terhadap kecemerlangan pelajar disamping rasa kebertanggung jawaban kecemerlangan pelajar. Sesi ceramah turut diadakan kepada ibu bapa pada program tersebut. Penceramah diundang khas oleh pihak sekolah, iaitu Prof. Madya Dr. Hussin B. Junoh dan Prof. Madya Dr. Kamaruzzaman Bin. Hj. Md. Jidi.

1 Mac 2012: SMKDPB dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sempena Hari Guru peringkat Negeri Johor.
Pada Majlis Penutup Ketua Sektor Akademik Pn. Hjh. Saadiah Said selaku wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melapangkan masa untuk hadir bagi menutup rasmi majlis tersebut.
Tuan PPD Pontian, warga PPD Pontian, Pengetua-pengetua sekolah-sekolah daearah Pontian turut hadir memberikan sokongan.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa daripada semua sekolah menengah daerah Pontian yang bertindak bagi menjayakan majlis dengan jayanya.

26 Mac 2012 : Jam 11.49 pagi loceng kecemasan berbunyi, 11.57 pagi pelajar terakhir sampai di tapak Perhimpunan. Syabas kerana hanya 8 minit masa yang diambil untuk mengumpulkan semua warga sekolah dalam latihan kebakaran ini. Tahniah! .Program diteruskan dengan taklimat kebakaran oleh anggota bomba dari Unit Kebakaran, Pasukan BOMBA Daerah Pontian. Dalam taklimat tersebut pelajar telah diajar teknik memadam api menggunakan Alat Pemadam Api ABC. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BOMBA Pontian di atas taklimat yang telah disampaikan.

Pada 19 Mac 2012, Majis Pelancaran Program 3K, Anti dadah & Anti merokok telah disempuranakan oleh En.Mohd Shapri bin Mohd Yusof, Peg.Kanan Pentadbiran SMK Dato Penggawa Barat. Program ini merupakan program yang diadakan di bawah Unit HEM dengan bermatlamat untuk melahirkan warga sekolah yang berkualiti tanpa dadah & rokok serta mengutamakan 3 aspek penting iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah pertandingan esei anti dadah, esei 'recycle', sajak, kuiz kesihatan, pertandingan poster anti rokok dan anti dadah, ceramah kesihatan, HPV, Pemantapan JERIS, Denggi ceramah keselamatan lalulintas, latihan pengungsian bangunan, gotong royong perdana, penggredan kelas dan aktiviti 'nampak Sampah Kutip'.
Aktiviti senaman coordinator dijalankan seperti biasa bagi pelajar – pelajar tingkatan 6. Aktiviti ini dijalankan pada setiap hari Selasa hingga Khamis. Setiap kelas akan bergilir – gilir mengetuai aktiviti ini. Setiap gerak – geri senaman tersebut akan diikuti oleh pelajar pelajar.