Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.
Memaparkan catatan dengan label agung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agung. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mac 2012

Mesyuarat Agung PIBG 2012


25 Mac 2012 : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-27 SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Ab.Aziz bin Kaprawi, PIS, AMN, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani , Negri Johor. Seramai 300 ibubapa telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.

Mesyuarat terus berjalan lancar dengan laporan setiausaha dan bendahari PIBG. Acara kemuncak tidak lain tidak bukan adalah pemilihan AJK PIBG Sesi 2012-2014. Memang sukar mendapatkan calon-calon dalam pemilihan di mana masing-masing faham mengenai ‘tanggung’ dan ‘jawab’. Namun, tanggungjawab kepimpinan yang dipinta sebenarnya adalah peluang untuk meningkatkan amal dan pahala di sisi Allah swt.

Buat penggal ke-4 berturut-turut semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik sekali lagi Dato' Nasir bin Safar untuk menerajui PIBG bagi sesi 2012-2014.
Posted by SMKDPB

Selasa, 17 Januari 2012

Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan

Pada 9 dan 16 Januari, mesyuarat agung kelab dan persatuan bagi pelajar Pra-Universiti SMKDPB telah diadakan. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh guru-guru akademik tingkatan 6 iaitu sebagai guru penasihat setiap biro. Antara kelab dan persatuan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Biro Informasi, Biro Kebudayaan&Kesenian, Biro Keusahawanan dan Biro Kitar Semula. Antara intipati dalam mesyuarat tersebut adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa tertinggi bagi setiap biro. Selain itu, perancangan aktiviti tahunan turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com