Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.
Memaparkan catatan dengan label SMKDPB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMKDPB. Papar semua catatan

Isnin, 6 Mei 2013

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 6 Bawah Sesi 2013/2014

Makluman:

Semua pelajar yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 sesi 2013/2014 di SMK.Dato' Penggawa Barat (SMKDPB) di minta menghadirkan diri ke Dewan Gemilang SMK.Dato' Penggawa Barat sebagaimana ketetapan berikut:

       Tarikh : 8 Mei 2013 ( Rabu )

       Masa :  8.00 pagi

       Pakaian : Uniform Sekolah (Sekolah Lama) / kasut hitam

       Rambut : Pendek dan Kemas

* Bawa bersama dokumen diri dan salinan sijil berkaitan.

JADUAL MINGGU HALUAN PELAJAR BARU TINGKATAN 6 SMKDPB 2013

 

Muat turun jadual minggu suaikenal : KLIK DI SINI  

                  ( Klik pada button muat turun ---> muat turun percuma ----> simpan/cetak )

Rabu, 20 Mac 2013

TAHNIAH ! Kepada Semua Calon STPM 2012

Pelajar Cemerlang STPM 2012 SMK.Dato' Penggawa Barat, Pontian dengan memperoleh 4A

18 Mac 2013 : Tahniah dan syabas kepada seluruh warga SMKDPB di atas kejayaan peningkatan peratus kelulusan STPM sejumlah 1.61% iaitu daripada 97.12%: 2011 kepada 98.73%:2012. Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada saudari Yuliana binti Partonedy dan saudara Lim Wee Jieh yang telah berjaya mendapat 'Perfect Score' 4 Principal A untuk semua matapelajaran yang diambil. Tahniah dan syabas kepada semua guru tingkatan 6 di atas kejayaan telah dikecapi.   Seterusnya ...



Lim Wee Jieh

                                                                      A -  Pengajian Am
                                                                      A -  Ekonomi
                                                                      A - Geografi
                                                                      A - Pengajian Perniagaan


Yuliana Binti Partonedy

                                                              A - Pengajian Am
                                                              A - Ekonomi
                                                              A - Sejarah
                                                              A - Geografi

Khamis, 24 Januari 2013

Usrah Mingguan

Alhamdulillah, Usrah mingguan pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) telah dapat dijalankan dengan terancang dan teratur. Setiap kumpulan dapat menjalankan usrah dengan bimbingan guru-guru terlibat dan penglibatan ahli setiap kumpulan amat memberangsangkan walaupun inilah julung-julung kalinya usaha usrah di kalangan pelajar SMKDPB diadakan.


Seterusnya.........

Jumaat, 18 Januari 2013

Taklimat PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Pengajian Am 900/4 Peringkat Daerah Pontian

Taklimat PBS kerja kursus Pengajian Am STPM 900/4 bagi guru-guru pengajian am sekolah-sekolah daerah Pontian telah diadakan di Bilik Intelek (SMKDPB SMK.Dato' Penggawa Barat) pada 18 dan 19 Januari 2013.

Guru-guru matapelajaran Pengajian Am tekun mendengar taklimat.

Taklimat disampaikan oleh jurulatih negeri Tn.Hj.Misran Bin Selamat (GPK Tingkatan 6 
SMK.Dato' Penggawa Barat)




Rabu, 16 Januari 2013

Merentas Desa 2013

Program merentas desa pelajar SMK.Dato' Penggawa Barat bagi sesi 2013 turut disertai oleh pelajar-pelajar pra-u SMKDPB.

Semangat ........

Lari jangan tak lari........ berhati-hati marshall ada di belakang anda


Selasa, 15 Januari 2013

Program Kerohanian: Taklimat Program Usrah

Program usrah pelajar-pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) dimulakan dengan taklimat oleh Ust.Tn.Hj.Shukur Bin Talib.


Maklumat Usrah Pelajar Pra-u SMKDPB:

Ketua Kumpulan Lelaki:  
  • Mohd Safik (Dahlia)
  • Muhammad Amirul (mawar)
  • Mohd Aidil (Kekwa)
  • Syahrul Reeza (Kenanga)


Kumpulan pelajar perempuan:
  • Nora Farahana ( Dahlia)
  • Fara Norain (Dahlia)
  • Noraini (Mawar)
  • Nadzilah (Mawar)
  • Arina Md Noh (Kekwa)
  • Nur Diana Hazirah (Kekwa)
  • Nur Amira (Kenanga)
  • Yusnaida (Kenanga)

Isnin, 14 Januari 2013

Mesyuarat Persatuan dan Kelab Sukan Sesi 2013

Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Permainan Pra-Universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) bagi sesi 2013 telah berjaya dilaksanakan pada 14 Januari 2013. Ahli jawatankuasa baru telah dibentuk bagi menjayakan program sepanjang tagun 2013.

Semoga AJK yang baru dipilih berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagaimana dirancangkan dengan jaya dan berkesan.

Kelab Futsal di bawah bimbingan En.Zahari Bin Zait

Kelab Permainan Dalaman di bawah bimbingan En.Azhar Bin Ahmad

Kelab Pentaque di bawah bimbingan Cik Aida Muri dan Pn.Rohana Bukhari

Kelab Boling di bawah bimbingan En.Mohd Saiful bin Nor Siman






Sabtu, 12 Januari 2013

Taklimat PBS Pengajian AM STPM Negeri Johor

Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) Pengajian AM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) peringkat negeri Johor telah dihadiri oleh semua jurulatih-jurulatih daerah seluruh negeri Johor sebagaimana ketetapan berikut:

              Tarikh   : 11 dan 12 Januari 2013
                            (Jumaat dan Sabtu)
              Tempat : Bilik Mesyuarat Intelek
                            (SMKDPB) SMK.Dato' Penggawa Barat,Pontian.




Peserta taklimat bergambar kenangan di hadapan bangunan pentadbiran SMKDPB (SMK. Dato' Penggawa Barat)

Selasa, 8 Januari 2013

Program Kerohanian Sesi 2013

Program Kerohanian pertama pelajar pra-u (SMKDPB) SMK>Dato' Penggawa Barat sesi 2013, bacaan Yassin dan taklimat penyelaras program.

Isnin, 7 Januari 2013

Perjumpaan Kelab

Akitivi kelab pelajar pra-universiti SMKDPB (SMK.Dato' Penggawa Barat) bagi sesi 2013 dimulakan dengan mesyuarat pemilihan jawatankuasa bagi sesi 2013 dan membincang serta merancang aktiviti kelab sepanjang penggal 2 sesi 2012/2013




Kelab Kitar Semula di bawah bimbingan Tn.Hj.Razi Bin Md Jidi



Kelab Warisan dan Kebudayaan di bawah bimbingan Tn.Hj.Azhar Bin Ahmad




Kelab Keusahawanan di bawah bimbingan Pn.Norizah Binti Abd karim

 
                                                                         
                            Kelab Informasi di bawah bimbingan Pn.Nurul Hashimah Binti Mokhtar


Ikrar Pelajar Pra U SMK.Dato' Penggawa Barat Sesi 2013

Tahun Baharu, Semangat Baharu, Azam Baharu, Ikrar Baharu

 Semua pelajar Pra U  (SMKDPB) SMK.Dato Penggawa Barat melafazkan ikrar pelajar sesi 2013.



Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Pra U( SMKDPB) SMK.Dato' Penggawa Barat, Pontian menyerahkan naskhah ikrar pelajar kepada Penolong Kanan Tingkatan 6.


Ahad, 6 Januari 2013

Gotong-royong Tingkatan 6 SMKDPB

Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang menjayakan aktiviti gotong-royong Tingkatan 6 SMK.Dato' Penggawa Barat pada hari Sabtu 5 Januari 2013.





Ahad, 30 Disember 2012

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk sesi persekolahan 2013.

7.25 - 8.00     :  Perhimpunan Rasmi

Waktu 2 & 3  :  Guru kelas masuk ke kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti Hari Pertama
                         Persekolahan 2013.

Waktu ke4 dan seterusnya : Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.

Jumaat, 21 September 2012

Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012

Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.



KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5

19 September 2012: Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah mewakili negeri Johor ke Pertandingan Pelaburan PNB 2012 yang telah mengekalkan JOHON Peringkat Kebangsaan. SYABAS Kepada adik Nurfirza Shahirah bt Wari, adik Siti Syazwani bt Samiri dan adik Aminnur Rusydi b. Pairus. Tahniah kepada  Pn. Norizah bt. Abd, Karim, Pengurus pasukan Kuiz Pelaburan PNB, SMKDPB. 


Hadiah berupa Piala Pusingan dan RM5,000.00 untuk sekolah, RM1,000.00 unit-unit Amanah Saham Gemilang - Pendidikan untuk setiap peserta (3 peserta)

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB (Kategori Sekolah Menengah) ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan pendidikan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai konsep pelaburan di samping menanam minat di kalangan mereka untuk mendekati dan mempelajari bidang yang berkaitan dengan pelaburan serta perancangan kewangan.

Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan. 


Program pendidikan jangka panjang ini menekankan faedah melabur dan keuntungan yang diperolehi darinya serta turut menekankan konsep risiko dan pulangan.Penganjurannya mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tahniah juga diucapkan kepada Pengetua, Tn. Haji Hashim bin Mohd Dom dan seluruh warga sekolah yang telah menyokong dan mendoakan kejayaan kepada pasukan sekolah mencapai kemenangan yangcemerlang.
 
 
 

SMKDPB DI DADA AKHBAR

 
 
 
 

Rabu, 15 Ogos 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H

15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru. Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi  keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan memanfaatkan  kelebihan 10 malam terakhir. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

BINGKISAN SYAWAL

15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
                Program ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi bahasa sepanjang masa.
                Semoga dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar. Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Sabtu, 30 Jun 2012

Johan Pertandingan Video Kreatif Negeri Johor 2012

Tahniah Dan Syabas Kejayaan Johan Pertandingan Video Kreatif Negeri Johor 2012
 

30 Jun 2012 : Tahniah dan syabas diucapkan kepada adik Nurul Asyiqah bt. Mohammad Khidir, adik Alia Nadihah bt. Amir, adik Nor Faiqah Balqis bt. Mahmod dan Aina Syahzani bt. Izam di atas kejayaan mengharumkan nama sekolah, mendapat Johan  dalam Pertandingan Video Kreatif Negeri Johor " Satu Malaysia Membenteras Dadah". Pertandingan anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah diadakan di SK Tengku Abdul Rahman, Johor Bahru. Semoga kejayaan ini akan berterusan di peringkat kebangsaan bagi mewakili negeri Johor.  

Rabu, 27 Jun 2012

Mesyuarat Agung Koperasi SMKDPB Kali ke -26, 2012

27 Jun 2012: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKDPB kali ke-26 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Pada mesyuarat kali ini En. Rosdi bin Senan (Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia) telah sudi untuk merasmikan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menerangkan kepada semua ahli tentang kebaikan koperasi sekolah dan mengucapkan tahniah kerana menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut agenda yang ditetapkan. Mesyuarat kali ini telah membentangkan aktiviti dan jualan yang telah dilakukan oleh Koperasi sekolah sepanjang tahun lepas dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar yang merupakan ahli-ahli Koperasi. Selain itu juga, penyata kewangan juga telah dibentangkan bagi pengetahuan semua ahli. Mesyuarat ini juga telah diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baru serta pengumuman perubahan Jawatankuasa Guru bagi Koperasi Sekolah.

Isnin, 18 Jun 2012

PELANCARAN DAN PENGHARGAAN DOKTOR MATEMATIK 2012

snin 18 Jun 2012, KebitaraanMatematik SMK Dato’Penggawa Barat telah menganjurkan Majlis Pelancaran danPenghargaan Program Doktor Matematik. Majlis dilancarkan oleh ayahandaPengetua, Tuan Haji Hashim bin Mohd Dom. Majlis pelancaran program Doktor Matematikbagi tahun 2012 ini merangkap penghargaan kepada pelajar-pelajar yang dilantiksebagai Doktor –doktor Matematik tahun 2011 yang telah menyumbang tenagakepakaran dan masa bagi membantu pelajar-pelajar lemah Matematik. Program yangmerangkupi pelajar-pelajar tingkatan 2 hingga 5 ini akan dimulakanperlaksanaannya pada hari Sabtu 23 Jun 2012 dan berakhir pada bulan Oktober.Syabas kepada pelajar-pelajar Doktor Matematik.

Sabtu, 16 Jun 2012

SMK Dato' Penggawa Barat 2012 Petanque Competition.


 

16 Jun 2012 : Well done to everyone who turned up to play (16 teams) the SMK Patanque Competition at the rising sun 'Gelangang Petanque SMKDPB' this afternoon . It started off fairly sunny and dry but quickly got wet and windy!! Congratulations to Team Form One Students, evening season for winning the the Gold. Well done to our Falcons for winning the Cup!!! Petanque is played by two, four or six people in two teams, or players can compete as individuals in casual play. In the singles and doubles games each player has three boules; in triples they have only two. A coin is tossed to decide which side goes first. The starting team draws a circle on the ground which is 35-50 centimetres in diameter: all players must throw their boules from within this circle, with both feet remaining on the ground. The first player throws the jack 6–10 metres away; it must be at least one metre from the boundary.A successful pétanque team has players who are skilled at shooting as well as players who only point. For obvious reasons, the pointer or pointers play first – the shooter or shooters are held in reserve in case the opponents place well. In placing, a boule in front of the jack has much higher value than one at the same distance behind the jack, because intentional or accidental pushing of a front boule generally improves its position.A team captain, in an idealized game, requires his pointer to place a boule reasonably close in approach to the jack (paradoxically, in competition, the first pointer sometimes aims not to get so close to the jack that the opponents will inevitably shoot their boule immediately). They then visualize an imaginary circle with the jack as its centre and the jack-boule distance as radius and defend that circle by any legitimate means.


Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com