Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Rabu, 27 Jun 2012

Mesyuarat Agung Koperasi SMKDPB Kali ke -26, 2012

27 Jun 2012: Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKDPB kali ke-26 telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Pada mesyuarat kali ini En. Rosdi bin Senan (Pegawai Wilayah Suruhanjaya Koperasi Malaysia) telah sudi untuk merasmikan. Dalam ucapan perasmiannya, beliau telah menerangkan kepada semua ahli tentang kebaikan koperasi sekolah dan mengucapkan tahniah kerana menjalankan mesyuarat agung tahunan mengikut agenda yang ditetapkan. Mesyuarat kali ini telah membentangkan aktiviti dan jualan yang telah dilakukan oleh Koperasi sekolah sepanjang tahun lepas dalam memberikan perkhidmatan kepada semua pelajar yang merupakan ahli-ahli Koperasi. Selain itu juga, penyata kewangan juga telah dibentangkan bagi pengetahuan semua ahli. Mesyuarat ini juga telah diadakan untuk melantik Ahli Lembaga Koperasi yang baru serta pengumuman perubahan Jawatankuasa Guru bagi Koperasi Sekolah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com