8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti
 Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan  6 Bawah Mawar di Kampung Jeram 
Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam 
kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan 
kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa 
Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa 
kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang
 adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6, 
SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.
Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa 
melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai
 oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat 
yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada 
keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu 
bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang 
memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi 
beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat 
menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang 
aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api 
sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka 
kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas” 
katanya.

 





0 ulasan:
Catat Ulasan