Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Selasa, 18 September 2012

Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula




18 Sept 2012 – Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula SMK Dato’ Penggawa Barat telah diadakan pada pagi ini. Program ini dirasmikan oleh En. Muhamad Rozai Rafiq bin Mohd Rohani, Penolong Pengarah Penguatkuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam Negeri Johor, Cawangan Pontian.
                Program Sedetik Habitat 1 Malaysia adalah satu aktiviti di mana lebih 10,000 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia melafaz ikrar ‘Aku Janji’ secara serentak  pada 18 September 2012 jam 8.00 pagi untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam memelihara kemampanan petempatan manusia dan alam sekitar.
                Objektifnya untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu-isu semasa petempatan manusiadan perancangan alam sekitar, memandangkan pelajar adalah golongan pelapis pemimpin masa hadapan. Kesedaran awal sebegini diharapkan mematangkan minda dan menjadikan pelajar lebih peka terhadap isu-isu semasa yang berkaitan.
                Bank Kitar Semula berobjektif menerapkan amalan kitar semula khususnya dalam kalangan pelajar supaya membudayakannya dalam kehidupan seharian.
                Kedua-dua program ini yang dilaksanakan serentak di seluruh Malaysia  akan dimasukkan ke dalam “MALAYSIA BOOK OF RECORDS”. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com