Recent Posts
RSS FeedsIsnin, 30 Januari 2012
Pertandingan Exercise Coordinator
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/30/2012 06:40:00 PG
Sepanjang bulan Januari 2012, pertandingan Exercise Coordinator telah diadakan . Pertandingan ini melibatkan pelajar-pelajar Pra-universiti Tingkatan 6. Sebanyak 7 buah kumpulan mewakili setiap kelas. Antaranya tingkatan 6 Atas Anggerik, Cempaka, Cemara, mawar, Kekwa, Kenanga, dan Dahlia. Pertandingan ini diadakan ketika perhimpunan pagi berlangsung di Dataran Musyi SMKDPB. Segala pergerakan senamrobik dalam pertandingan tersebut akan diperhatikan dan dinilai oleh guru-guru akademik tingkatan 6. bagi kumpulan yang mempunyai markah tertinggi dalam pertandingan ini akan mengendalikan senamrobik sepanjang minggu persekolahan pada hari selasa hingga rabu.
Perlantikan Perpustakawan Pusat Sumber, Pra Universiti SMK, Dato Penggawa Barat, Pontian
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/30/2012 06:25:00 PG
Pada 19 Januari-Khamis, Majlis Perlantikan Rakan Akademik Pusat Sumber, SMKDPB telah diadakan. Majlis tersebut berlangsung di Dataran Musyi, SMKDPB. Seramai 15 orang pelajar telah menerima perlantikan tersebut. Majlis penyerahan sijil perlantikan rakan akademik disampaikan oleh Tn. Hj. Misran Selamat, GPK Ting 6 bersama Pn.Nurasyikin bte. Ree, Guru Penyelaras Pusat Sumber SMKDPB. Semoga dengan perlantikan tersebut, para rakan akademik dapat menjalankan tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi.
Khamis, 19 Januari 2012
Public Speaking
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/19/2012 04:05:00 PG
Sepanjang minggu persekolahan acara Public Speaking menjadi satu budaya bagi para pelajar Pra-Universiti tingkatan 6, Tujuan acara ini dilakukan adalah bagi menyesuaikan para pelajar untuk berucap di khalayak ramai disamping kelancaran mereka untuk mengalah idea tajuk yang mereka sampaikan. Acara Public Speaking diadakan pada setiap hari selasa hingga khamis di Dataran musyi ketika waktu perhimpunan pagi berlangsung. tjuk yang disampaikan oleh para pelajar bergantung kepada mereka sama ada isu pendidikan, kesihatan sosial dan sebagainya. Bagi mereka yang lancar dalam pergolehan idea tajuk yang disampaikan. Mereka akan menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah.
Selasa, 17 Januari 2012
Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/17/2012 06:30:00 PG
Pada 9 dan 16 Januari, mesyuarat agung kelab dan persatuan bagi pelajar Pra-Universiti SMKDPB telah diadakan. Mesyuarat tersebut juga dihadiri oleh guru-guru akademik tingkatan 6 iaitu sebagai guru penasihat setiap biro. Antara kelab dan persatuan yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Biro Informasi, Biro Kebudayaan&Kesenian, Biro Keusahawanan dan Biro Kitar Semula. Antara intipati dalam mesyuarat tersebut adalah perlantikan Ahli Jawatankuasa tertinggi bagi setiap biro. Selain itu, perancangan aktiviti tahunan turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.
Ahad, 15 Januari 2012
Perjumpaan Mingguan Kelab dan Persatuan
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/15/2012 10:41:00 PTG
Makluman:
Perjumpaan hari adalah merancang aktiviti yang akan dianjurkan oleh setiap kelab.
Perjumpaan hari adalah merancang aktiviti yang akan dianjurkan oleh setiap kelab.
Kursus Kepimpinan MPPU
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/15/2012 07:00:00 PTG
Barisan Kepimpinan MPPU Smk.Dato' Penggawa Barat telah menyertai Kursus Kepimpinan Pengawas dan MPP Pra U yang diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor mulai 13 - 16 Januari 2012. Kursus ini disertai oleh 41 orang pengawas dan MPP. Antara objektif kursus ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang pemimpin yang berdaya saing, berinovatif, berkarisma serta mempunyai daya juang yang tinggi untuk berjaya dengan cemerlang
Isnin, 2 Januari 2012
Gotong-royong Pembersihan Kelas 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
1/02/2012 02:44:00 PG
Langgan:
Catatan (Atom)