Recent Posts
RSS FeedsSabtu, 21 Julai 2012
PROGRAM TADARUS AL – QURAN PRAUNIVERSITI
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/21/2012 09:27:00 PTG
Sepanjang bulan
Ramadhan, bagi mengisi masa terluang pelajar – pelajar prauniversiti telah
menyertai tadarus Al – Quran. Program ini telah disusun atur oleh pihak sekolah
dengan jayanya. Ia bertujuan bagi mengisi masa terluang disamping dapat
pembetulkan kaedah pembacaaan agar lebih lancar. Bagi pelajar- pelajar
Prauniversiti mereka telah dibahagikan kepada 15 buah kumpulan. Dimana 10
kumpulan palajar lelaki dan 15 kumpula pelajar perempuan. Bagi mempertingkatkan
balam pembacaan Al- Quran setiap kumpulan akan melantik seorang ketua bagi
meperdengar dan menyemak pembacaan ahlinya. Selain itu, guru –guru juga
terlibat secara langsung dalam program ini.
Khamis, 19 Julai 2012
HARI KOKURIKULUM DAN KOPERASI 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/19/2012 06:35:00 PG
19 Julai – Sambutan Hari
Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah berlangsung pada
hari ini dengan jayanya. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang
Berbahagia Dato’ Md. Haron bin Rahim CEO Hasil Persada Sdn. Bhd. Beliau turut
menyempurnakan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Sri Gemilang pada
pukul 2.00 petang.
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya gerai jualan, permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’, perkhemahan, kawad kaki, ‘explorace’ dan sebagainya. Antara objektif Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi diadakan adalah memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan, mengembangkan minat dan bakat dalam aktiviti kokurikulum, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjadi ahli yang bertanggungjawab, membina kecerdasan mental dan kecergasan fizikal dan meningkatkan motivasi diri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMKDPB.
Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah jualan pelbagai jenis makanan oleh para pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti
ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun
senyum masih terukir di bibir mereka. Semangat yang ditunjukkan ini
amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu
program-program kelab diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang
terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta
perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan
dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut.
Sabtu, 14 Julai 2012
KEJAYAAN PESERTA SMK DPB DI KARNIVAL PRAUNIVERSITI 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/14/2012 06:38:00 PG
Pada 13 dan 14 Julai Karnival
Prauniversiti peringkat daerah telah diadakan. Karnival ini diadakan di daerah
Muar. Sehubungan dengan itu SMK DPB
telah menghantar wakil dalam acara sketsa,public speaking, bowling dan
petanque. Dalam acara sketsa dan bowling (lelaki) telah merangkul naib johan
dam kedua – dua acara tersebut. Dalam perlawanan petanque pula bagi kategori
lelaki dan perempuan telah menyandang tempat ketiga. Tahniah diucapkan kepada
para pemenang.
Jumaat, 13 Julai 2012
Hari Perbincangan Akademik 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/13/2012 08:00:00 PTG
13 Julai 2012 : Program transformasi berganda SMK Dato' Penggawa Barat diteruskan dengan Perjumpaan Perbincangan Akademik yang telah diadakan pada hari ini. Hampir 1000 ibubapa yang telah hadir menyertai program yang diadakan ini. Ibubapa juga telah diberikan motivasi dan keyakinan untuk mendorong dan membimbing anak-anak mereka yang terdiri dari murid-murid SMK Dato' Penggawa Barat untuk mencapai impian Sempurna A dan A+ bagi PMR, SPM dan STPM 2012.
Hari Pembincangan Akdemik telah diadakan dengan jayanya. Ibu bapa atau penjaga pelajar telah hadir pada hari tersebut. Tujuan majlis diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman bagi mencapai visi,misi sekolah dan PIBG untuk menambahbaik pelajr dalam peperiksaanPMR,SPM dan STPM.Bagi pelajar – pelajar Prauniversiti 2, mereka dibahgikan kepada 3 kumpulan. Iaitu:
Kumpulan A:pelajar yang mencapai NGMP 3.00 – 4.00 di Dewan Sri Gemilang
Kumpulan B: pelajar yang mencapai NGMP 2.99 –1.80 didalam kelas masing- masing
Kumpulan C: pelajar yang mencapai NGMP 1.80 ke bawah di bilik akses prauniversiti
KEBERANGKATAN WIRA – WIRA KE KARNIVAL PRAUNIVERSITI
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/13/2012 09:30:00 PG
Pada 13 Julai 2012 keberangakatan pelajar – pelajar prauniversiti bagi menyertai Kanival Prauniversiti peringkat negeri. Karnival tersebut diadakan di Daerah Muar. SMKDPB telah menghantar wakil bagi acara public speaking, sketsa, bowling dan petanque. Semoga dengan berkat usaha mereka yang gigih dapat mencapai kejaayan dalam acara yang disertai.
Khamis, 12 Julai 2012
PEMBENTANGAN MANIFESTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2012/2013
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/12/2012 02:00:00 PTG
SEBAHAGIAN CALON MPPPU YANG MENYAMPAIKAN MANIFESTO
Pada 12 Julai, pembentangan manifesto bagi MPPU
Junior telah diadakan. Pembentangan tersebut diadakan di Dataran Munsyi.
Pembentangan inI disertai seramai 17 calon – calon MPPU bagi sesi 2012/2013..
tujuannya adalah bagi memperkenalkan barisan MPPU junior disamping menarik
pengundi – pengundi untuk mengundi mereka pada pilihanraya tidak lama lagi.
Bagi jawatan yang di pertandingkan dalam pilihanraya kali ini ialah Presiden,
Penolong Presiden, Setiausaha,Penolong,Bendahari, Penolong Bendahari dan AJK
induk yang lain antaranya Biro Akademik,Biro Dakwah, Biro Kebudayaan, Biro
Seranta Dan Fotografi dan Biri Sukan.
Selasa, 10 Julai 2012
Senaman J-Robik 1M1S 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/10/2012 02:00:00 PTG
10 Julai 2012 : Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bersukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, program kecergasan J-Robik telah diadakan bertempat Dataran Munshi dan Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Pelbagai teknik senaman diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di sekolah dan juga di rumah. aktiviti senaman robik 1Murid 1Sukan telah dijalankan. Aktiviti ini selaras dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi pelajar – pelajar SMKDPB, senaman ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pelajar sesi pagi dan petang. Bagi pelajar – pelajar sesi pagi tingkatan 3 hingga pra –u 2 senaman ini dilakukan di dua buah tempat iaitu pelajar lelaki di Dataran Munsyi dan pelajar perampuan didalam Dewan Sri Gemilang.
Selasa, 3 Julai 2012
Johor Science and Technology Festival 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
7/03/2012 02:00:00 PTG
3 July 2012 : Located at SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor, Johor Science and Technology Festival is one of the many events planned by Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Apart from providing exposure related to the latest development in science and technology, it is also meant to promote and delivery the innovative ideas that can be accessed by the community. It is a festival that showcases science and technology with the same freshness and flair that would be expected from an arts festival. Events can be varied, including exhibitions, live demonstrations of experiments, guided tours and panel discussions as well as events linking science to the arts or history, such as plays and competition. The core content is of science and technology, but the style comes from the world of the arts. The exhibitions were attended by approximately 2000 people.
Langgan:
Catatan (Atom)