Tarikh : 8 Mei 2012 (SELASA)
Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’Penggawa Barat
Masa : 8.00 pagi
SILA SEMAK KEMASUKAN TINGKATAN 6 2012 DI SINI
Pelajar yang berjaya boleh mencetak
surat tawaran dengan ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan
membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :
i). Surat Tawaran ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan iv). Sijil Kelahiran v). Sijil Berhenti Sekolah
Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.
Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat
Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan
kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas
tamat kursus PLKN dibenarkan.
Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan
ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak
tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6,
mereka perlulah membuat permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke
Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau
mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.
Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !
Sekiranya anda mendapat imej paparan biru yang mengatakan anda gagal menempatkan diri ke Tingkatan 6 atau anda tidak berjaya dalam tawaran kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2012.
Anda boleh membuat rayuan dengan melalui prosedur berikut:
1. |
Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah
2012 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing
melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK
seperti di bawah. |
|
|
2. |
Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan 2012. |
|
|
3. |
Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana murid
mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin yang
baik. |
|
|
4. |
Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon. |
|
|
5. |
Semua rayuan yang diterima lewat daripada 16 Jun 2012 tidak akan dipertimbangkan. |
|
|
* |
Nota: |
|
|
|
Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti
kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan
tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan
supaya mengulang semula peperiksaan SPM pada tahun 2012. |
Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan enam bawah
2012 adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.
Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui
pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan
tempat.
Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK INI
0 ulasan:
Catat Ulasan