Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology)
ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut
ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang
lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau
bahasa masing-masing.
Bagi
peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah
dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan
diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej
menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau
kemanusiaan.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
- 922 Kesusasteraan Melayu
- 940 Sejarah
- 942 Geografi
- 944 Ekonomi
- 946 Pengajian Perniagaan
- 948 Perakaunan
- 950 Mathematics S
- 954 Mathematics T
- 956 Further Mathematics T
- 960 Physics (Fizik)
- 962 Chemistry (Kimia)
- 964 Biology (Biologi])
- 970 Seni Visual
0 ulasan:
Catat Ulasan