Recent Posts
RSS FeedsAhad, 25 Mac 2012
Mesyuarat Agung PIBG 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/25/2012 08:17:00 PG
25 Mac 2012 : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-27 SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Ab.Aziz bin Kaprawi, PIS, AMN, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani , Negri Johor. Seramai 300 ibubapa telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
Mesyuarat terus berjalan lancar dengan laporan setiausaha dan bendahari PIBG. Acara kemuncak tidak lain tidak bukan adalah pemilihan AJK PIBG Sesi 2012-2014. Memang sukar mendapatkan calon-calon dalam pemilihan di mana masing-masing faham mengenai ‘tanggung’ dan ‘jawab’. Namun, tanggungjawab kepimpinan yang dipinta sebenarnya adalah peluang untuk meningkatkan amal dan pahala di sisi Allah swt.
Buat penggal ke-4 berturut-turut semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik sekali lagi Dato' Nasir bin Safar untuk menerajui PIBG bagi sesi 2012-2014.
Posted by SMKDPB
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan