19 Julai – Sambutan Hari
Kokurikulum dan Hari Koperasi SMK Dato’ Penggawa Barat telah berlangsung pada
hari ini dengan jayanya. Sambutan ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Yang
Berbahagia Dato’ Md. Haron bin Rahim CEO Hasil Persada Sdn. Bhd. Beliau turut
menyempurnakan majlis penutupan rasmi yang diadakan di Dewan Sri Gemilang pada
pukul 2.00 petang.
Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah jualan pelbagai jenis makanan oleh para pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti
ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun
senyum masih terukir di bibir mereka. Semangat yang ditunjukkan ini
amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu
program-program kelab diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang
terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta
perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan
dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut. 




0 ulasan:
Catat Ulasan