Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Selasa, 10 Julai 2012

Senaman J-Robik 1M1S 2012

10 Julai 2012 : Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan “Minda Yang Cerdas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Bersukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi negara. Justeru, program kecergasan J-Robik telah diadakan bertempat Dataran Munshi dan Dewan Seri Gemilang, SMK Dato’ Penggawa Barat. Pelbagai teknik senaman diperkenalkan bagi menarik minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif di sekolah dan juga di rumah. aktiviti senaman robik 1Murid 1Sukan telah dijalankan. Aktiviti ini selaras dijalankan di seluruh Malaysia. Bagi pelajar – pelajar SMKDPB, senaman ini dibahagikan kepada 2 sesi iaitu pelajar sesi pagi dan petang. Bagi pelajar – pelajar sesi pagi tingkatan 3 hingga pra –u 2 senaman ini dilakukan di dua buah tempat iaitu pelajar lelaki di Dataran Munsyi dan pelajar perampuan didalam Dewan Sri Gemilang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com