Recent Posts
RSS FeedsSabtu, 31 Mac 2012
Bahas Guru Akhir Peringkat Negeri Sempena Hari Guru 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/31/2012 07:26:00 PG
1 Mac 2012: SMKDPB dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Akhir Bahas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sempena Hari Guru peringkat Negeri Johor.
Pada Majlis Penutup Ketua Sektor Akademik Pn. Hjh. Saadiah Said selaku wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor telah melapangkan masa untuk hadir bagi menutup rasmi majlis tersebut.
Tuan PPD Pontian, warga PPD Pontian, Pengetua-pengetua sekolah-sekolah daearah Pontian turut hadir memberikan sokongan.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa daripada semua sekolah menengah daerah Pontian yang bertindak bagi menjayakan majlis dengan jayanya.
Rabu, 28 Mac 2012
MAJLIS GRADUASI PELAJAR CEMERLANG SPM DAN STPM 2011
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/28/2012 08:27:00 PG
Pada 28 Mac 2012 Rabu, Majlis Graduasi Pelajar Cemerlang SPM dan STPM telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 119 graduasi SPM dan 45 graduasi STPM telah menerima hadiah dan wang tunai pada majlis tersebut. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom Pengetua SMK DPB dan Tn. Hj. Misran b. Selamat Guru Penolong Kanan Tinkatan 6.
Pada majlis tersebut antara mata pelajaran yang diajar yang menunjukan peningkatan turut meneri penganugerahan. Antaranya
Lonjakan Saujana SPM 2011 :
- Bahasa Inggeris
- Pendididkan Seni Visual
- Bahasa Cina
- Pendidikan Al- Quran Sunnnah
- Prisip Akaun
- Matamatik Tambahan
-
Peningkatan GPMP SPM 2011:
-Biologi
- Reka Cipta
- Bahasa Melayu
- Pendidikan Islam
- Fizik
- Pendidikan Syariah
- ICT
- Bahasa Arab Tinngi
- Sains
- Bahasa Tamil
Lonjakan Saujana STPM 2011;
- Peddidikan Seni Visual
Peningkatan NGMP STPM 2011
- Bahasa Melayu
- Sejarah
Selasa, 27 Mac 2012
PERINGATAN KEPADA BAKAL PENERIMA ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM DAN STPM 2011
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/27/2012 08:26:00 PG
Sukacita dimaklumkan kepada penerima Anugerah Kecemerlangan SPM dan STPM 2011 yang akan berlangsung pada 28 Mac 2012 ( Rabu ) supaya mematuhi arahan yang terdapat dalam surat jemputan rasmi. Diharapkan agar penerima anugerah supaya dapat datang lebih awal ( sebelum pukul 7.00 pagi) bagi melicinkan perjalanan majlis.
* Pelajar Lelaki:
- Berbaju kemeja lengan panjang dan berseluar panjang ( seluar jeans tidak dibenarkan)
- Rambut pendek ( tidak diwarnakan). Pelajar Muslim diwajibkan bersongkok.
- Berkasut ( selipar tidak dibenarkan)
* Pelajar Perempuan:
- Berpakaian kemas dan menutup aurat ( pelajar muslim)
- Berkain labuh, rambut diikat dan tidak diwarnakan ( pelajar bukan muslim)
- Berkasut (selipar tidak dibenarkan)
* Bayaran:
- Sewa Jubah : RM5.00
- Fotografi : RM10.00
Sekian, untuk makluman.
Terima Kasih.
* Pelajar Lelaki:
- Berbaju kemeja lengan panjang dan berseluar panjang ( seluar jeans tidak dibenarkan)
- Rambut pendek ( tidak diwarnakan). Pelajar Muslim diwajibkan bersongkok.
- Berkasut ( selipar tidak dibenarkan)
* Pelajar Perempuan:
- Berpakaian kemas dan menutup aurat ( pelajar muslim)
- Berkain labuh, rambut diikat dan tidak diwarnakan ( pelajar bukan muslim)
- Berkasut (selipar tidak dibenarkan)
* Bayaran:
- Sewa Jubah : RM5.00
- Fotografi : RM10.00
Sekian, untuk makluman.
Terima Kasih.
Isnin, 26 Mac 2012
Fire Drill : Sempena Program 3K, Anti Dadah & Anti Rokok 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/26/2012 08:23:00 PG
26 Mac 2012 : Jam 11.49 pagi loceng kecemasan berbunyi, 11.57 pagi pelajar terakhir sampai di tapak Perhimpunan. Syabas kerana hanya 8 minit masa yang diambil untuk mengumpulkan semua warga sekolah dalam latihan kebakaran ini. Tahniah! .Program diteruskan dengan taklimat kebakaran oleh anggota bomba dari Unit Kebakaran, Pasukan BOMBA Daerah Pontian. Dalam taklimat tersebut pelajar telah diajar teknik memadam api menggunakan Alat Pemadam Api ABC. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pihak BOMBA Pontian di atas taklimat yang telah disampaikan.
Ahad, 25 Mac 2012
Mesyuarat Agung PIBG 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/25/2012 08:17:00 PG
25 Mac 2012 : Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-27 SMK Dato' Penggawa Barat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Ab.Aziz bin Kaprawi, PIS, AMN, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani , Negri Johor. Seramai 300 ibubapa telah hadir ke Mesyuarat Agung PIBG pada kali ini.
Mesyuarat terus berjalan lancar dengan laporan setiausaha dan bendahari PIBG. Acara kemuncak tidak lain tidak bukan adalah pemilihan AJK PIBG Sesi 2012-2014. Memang sukar mendapatkan calon-calon dalam pemilihan di mana masing-masing faham mengenai ‘tanggung’ dan ‘jawab’. Namun, tanggungjawab kepimpinan yang dipinta sebenarnya adalah peluang untuk meningkatkan amal dan pahala di sisi Allah swt.
Buat penggal ke-4 berturut-turut semua ahli mesyuarat telah bersetuju untuk melantik sekali lagi Dato' Nasir bin Safar untuk menerajui PIBG bagi sesi 2012-2014.
Posted by SMKDPB
Sabtu, 24 Mac 2012
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 2012.
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/24/2012 03:00:00 PG
Pada 24 Mac 2012 Sabtu, Program Khidmat Masyarakat telah diadakan di Pantai Rambah, Pontian. Program tersebut adalah anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Pra–U SMK Dato Penggawa Barat bersama Majlis Daerah Pontian. Program tersebut disertai oleh beberapa kakitangan Jabatan Pertahan Awam (JPAM) dan kakitangan SWM, Pontian serta pelajar – pelajar Pra – U SMKDPB. Program tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Antara aktiviti yang dijalankan pada program tersebut ialah pembersihan kawasan rekreasi dan mengecat batu. Majlis penutupan rasmi telas disempurnakan oleh Setiausaha Majlis Daerah Pontian.
Rabu, 21 Mac 2012
LAWATAN PELAJAR – PELAJAR CHIJ KATONG CONVENT SINGAPURA
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/21/2012 08:05:00 PG
Pada 21 Mac 2012 Rabu, SMK Dato’ Penggawa Barat telah dikunjungi oleh pelajar – pelajar dari Singapura iaitu CHIJ Katong Convent. Seramai lebih kurang 70 pelajar dan 8 guru sekolah berkenanan telah berkunjung ke sekolah ini.Tujuan kunjungan mereka ke sekolah ini adalah untuk menilai dan melihat sisitem pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di sekolah ini. Ini kerana mereka tertarik dengan sekolah ini yang begitu juga telah di nobatkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi negeri Johor. Mereka juga turut melawat beberapa buah kelas di sekolah ini dengan bantuan petunjuk arah oleh MPPU dan Pengawas SMK DPB.
Isnin, 19 Mac 2012
PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBERSIHAN), ANTI DADAH & ANTI MEROKOK 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/19/2012 08:00:00 PG
Pada 19 Mac 2012, Majis Pelancaran Program 3K, Anti dadah & Anti merokok telah disempuranakan oleh En.Mohd Shapri bin Mohd Yusof, Peg.Kanan Pentadbiran SMK Dato Penggawa Barat. Program ini merupakan program yang diadakan di bawah Unit HEM dengan bermatlamat untuk melahirkan warga sekolah yang berkualiti tanpa dadah & rokok serta mengutamakan 3 aspek penting iaitu keselamatan, kesihatan dan kebersihan. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah pertandingan esei anti dadah, esei 'recycle', sajak, kuiz kesihatan, pertandingan poster anti rokok dan anti dadah, ceramah kesihatan, HPV, Pemantapan JERIS, Denggi ceramah keselamatan lalulintas, latihan pengungsian bangunan, gotong royong perdana, penggredan kelas dan aktiviti 'nampak Sampah Kutip'.
Jumaat, 16 Mac 2012
AKTIVITI KEROHANIAN PELAJAR – PELAJAR MUSLIM PRA UNIVERSITI SMK DPB
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/16/2012 12:43:00 PG
Pada setiap hari Rabu, aktiviti kerohanian tetap dijalankan seperti biasa. Dalam aktiviti ini bacaan yassin turut diadakan selain slot tazkirah disampaikan oleh guru – guru. Aktiviti ini dilakukan di Surau Hidayah SMK DPB. Pada waktu pagi, di Dataran Musyi bacaan Al- Mathurat turut diadakan dan diketuai oleh wakil pelajar muslim
Rabu, 7 Mac 2012
Tahniah
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/07/2012 03:30:00 PG
Pencapaian 97.12% Lulus Penuh STPM 2011
Mac 2012: Seramai 3 calon mendapat 4A, 4 calon mendapat 3A, 2 calon mendapat 2A dan 22 calon mendapat 1A dalam peperiksaan STPM 2011 yang lalu. Walau bagaimana pun sedikit penurunan berbanding tahun 2010 (97.25% lulus penuh) iaitu penurunan 0.15 %. Peratus lulus bagi aliran sains ialah 96.36% manakala bagi aliran sastera ialah 97.96%. Calon yang mendapat keputusan paling cemerlang ialah Norjiehan binti Subahi dengan NGMP 3.84. maklumat terperinci boleh dilayari di muka PEPERIKSAAN. Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya.
Pemberitahuan
Dicatat oleh
Pra-U
di
3/07/2012 01:00:00 PG
KEPUTUSAN STPM 2011
PEMBERITAHUAN
PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON STPM 2011
Keputusan Peperiksaan STPM 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012 mulai pukul 12.00 tengah hari bertempat di Makmal Fizik Blok Gemilang.
Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:
1. Pakaian Perempuan:
1.1 Perempuan Muslim – sopan dan menutup aurat.
1.2 Perempuan bukan muslim – berpakaian sopan atau anda juga digalakkan memakai pakaian kebangsaan (baju kurung).
1.3 Berskirt labuh (bagi pelajar bukan muslim yang memakai skrit)
1.4 Berkasut.
2. Pakaian Lelaki:
2.1 Kemeja atau T-Shirt berkolar yang sesuai.
2.2 Berseluar panjang
2.3 Berkasut.
3. Semua calon STPM 2011 dilarang:
3.1 Memakai selipar.http://www.blogger.com/img/blank.gif
3.2 Memakai seluar jeans.
4. Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1 Kemas
4.2 Pendek (lelaki)
4.3 Tidak diwarnakan.
“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”
Keputusan STPM boleh dilihat disini
TAHNIAH!!
Selepas jam 12.00 tengah hari
PEMBERITAHUAN
PERHATIAN KEPADA SEMUA CALON STPM 2011
Keputusan Peperiksaan STPM 2011 akan dikeluarkan pada 7 Mac 2012 mulai pukul 12.00 tengah hari bertempat di Makmal Fizik Blok Gemilang.
Berikut adalah Peraturan Am kekemasan diri para calon semasa mengambil slip keputusan berkenaan:
1. Pakaian Perempuan:
1.1 Perempuan Muslim – sopan dan menutup aurat.
1.2 Perempuan bukan muslim – berpakaian sopan atau anda juga digalakkan memakai pakaian kebangsaan (baju kurung).
1.3 Berskirt labuh (bagi pelajar bukan muslim yang memakai skrit)
1.4 Berkasut.
2. Pakaian Lelaki:
2.1 Kemeja atau T-Shirt berkolar yang sesuai.
2.2 Berseluar panjang
2.3 Berkasut.
3. Semua calon STPM 2011 dilarang:
3.1 Memakai selipar.http://www.blogger.com/img/blank.gif
3.2 Memakai seluar jeans.
4. Rambut lelaki dan perempuan bukan muslim.
4.1 Kemas
4.2 Pendek (lelaki)
4.3 Tidak diwarnakan.
“Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda”
Keputusan STPM boleh dilihat disini
TAHNIAH!!
Selepas jam 12.00 tengah hari
Langgan:
Catatan (Atom)