Recent Posts
RSS FeedsIsnin, 20 Februari 2012
MAJLIS HARI KELAB PELABURAN BIJAK BERSAMA PERMODALAN NASIONAL BERHAD
Dicatat oleh
Pra-U
di
2/20/2012 02:32:00 PG
Pada 18 dan 19 Februari 2012, pada hari Jumaat dan Sabtu, Karnival Hari Kelab Pelaburan Bijak bersama Permodalan Nasional Berhad telah berlangsung. Karnival tersebut berlangsung selama 2 hari di SMK Dato’ Penggawa Barat, Pontian. Pada majlis tersebut menempatkan lebih 40 buah tapak pameran telah disediaakan untuk agensi kerajaan dan swasta. Tidak ketinggalan pihak sekolah juga turut serta dalam pemeran tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada 2 hari tersebut antaranya sesi ceramah mengenai pelaburan dan kuiz pertandingan bagi setiap gerai pameran. Sepanjang 2 hari karnival tersebut, lebih 5 000 pengunjung menghadiri karnival tersebut. Ini kerana pihak sekolah menjemput ibu bapa dan sekolah luar untuk turut serta pada hari itu. Terdapat banyak hadiah disediakan oleh pihak pengajur kepada para pengunjung. Majlis penutupan rasmi Kelab Pelaburan Bijak telah disempurnakan oleh Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman selaku Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan