Recent Posts
RSS FeedsAhad, 30 Disember 2012
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013
7.25 - 8.00 : Perhimpunan Rasmi
Waktu 2 & 3 : Guru kelas masuk ke kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti Hari Pertama
Persekolahan 2013.
Waktu ke4 dan seterusnya : Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Jumaat, 21 September 2012
Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012
Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan
kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat
Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd
Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi
dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan,
detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.
KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5
Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan.
Selasa, 18 September 2012
Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula
Jumaat, 7 September 2012
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri & Perasmian Laluan Berbumbung
7 September 2012 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuaran Kelab Guru SMK dato' Penggawa Barat telah diadakan dengan meriahnya. Sempena jamuan tersebut majlis merasmikan laluan berbumbung yang menghubungkan Dewan Seri Gemilang dengan pondok hentian bas telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Nasir bin Safar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan meraikan Hari Ulang Tahun Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom yang ke 55.
Jumaat, 31 Ogos 2012
Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH, mewakili Menteri Besar Johor.
Selasa, 28 Ogos 2012
PAMERAN KERJAYA IPTS
Rabu, 15 Ogos 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H
BINGKISAN SYAWAL
Rabu, 8 Ogos 2012
Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat
Rabu, 1 Ogos 2012
PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sabtu, 21 Julai 2012
PROGRAM TADARUS AL – QURAN PRAUNIVERSITI
Khamis, 19 Julai 2012
HARI KOKURIKULUM DAN KOPERASI 2012
Hari Kokurikulum peringkat sekolah telah diadakan dengan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya adalah jualan pelbagai jenis makanan oleh para pelajar melalui gerai-gerai khas yang telah dibuka pada hari tersebut. Aktiviti
ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Walaupun hampir semua peserta gerai berada dalam keletihan , namun
senyum masih terukir di bibir mereka. Semangat yang ditunjukkan ini
amatlah positif dan dana yang dikumpulkan ini adalah untuk membantu
program-program kelab diadakan tanpa bergantung kepada peruntukan yang
terhad yang disdiakan oleh pihak sekolah. Sejumlah 30 peserta
perkhemahan, 20 gerai jualan serta 20 aktiviti permainan, pertandingan
dan demontrasi telah diadakan pada hari tersebut. Sabtu, 14 Julai 2012
KEJAYAAN PESERTA SMK DPB DI KARNIVAL PRAUNIVERSITI 2012
Jumaat, 13 Julai 2012
Hari Perbincangan Akademik 2012
13 Julai 2012 : Program transformasi berganda SMK Dato' Penggawa Barat diteruskan dengan Perjumpaan Perbincangan Akademik yang telah diadakan pada hari ini. Hampir 1000 ibubapa yang telah hadir menyertai program yang diadakan ini. Ibubapa juga telah diberikan motivasi dan keyakinan untuk mendorong dan membimbing anak-anak mereka yang terdiri dari murid-murid SMK Dato' Penggawa Barat untuk mencapai impian Sempurna A dan A+ bagi PMR, SPM dan STPM 2012.
Hari Pembincangan Akdemik telah diadakan dengan jayanya. Ibu bapa atau penjaga pelajar telah hadir pada hari tersebut. Tujuan majlis diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman bagi mencapai visi,misi sekolah dan PIBG untuk menambahbaik pelajr dalam peperiksaanPMR,SPM dan STPM.Bagi pelajar – pelajar Prauniversiti 2, mereka dibahgikan kepada 3 kumpulan. Iaitu:
Kumpulan A:pelajar yang mencapai NGMP 3.00 – 4.00 di Dewan Sri Gemilang
Kumpulan B: pelajar yang mencapai NGMP 2.99 –1.80 didalam kelas masing- masing
Kumpulan C: pelajar yang mencapai NGMP 1.80 ke bawah di bilik akses prauniversitiKEBERANGKATAN WIRA – WIRA KE KARNIVAL PRAUNIVERSITI
Khamis, 12 Julai 2012
PEMBENTANGAN MANIFESTO MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2012/2013
Halwa Telinga



Create a playlist at MixPod.com






