Tarikh              : 8 Mei 2012 (SELASA)
 Tempat            : Dewan Sri Gemilang, SMK Dato’Penggawa Barat
Masa               : 8.00 pagi
 SILA SEMAK KEMASUKAN TINGKATAN 6 2012 DI SINI
Pelajar yang berjaya boleh mencetak 
surat tawaran dengan  ”klik hantar” selepas permohonan berjaya dipaparkan dan 
membawanya bersama semasa mendaftar. Dokumen yang perlu dibawa :
i). Surat Tawaran        ii). Keputusan SPM 2011
iii). Kad Pengenalan       iv). Sijil Kelahiran         v). Sijil Berhenti Sekolah
Pelajar yang sedang menunggu tawaran daripada UPU juga perlu melapor diri dahulu di sekolah yang ditetapkan.
Untuk pelajar yang sedang menghadiri kursus Program Latihan Khidmat 
Negara dan mendapat tawaran Tingkatan 6 bawah dikehendaki memaklumkan 
kepada sekolah yang telah ditempatkan supaya pendaftaran lewat selepas 
tamat kursus PLKN dibenarkan.
Pelajar yang telah ditawarkan tempat di Kolej Matrikulasi tidak akan 
ditawarkan tempat di Tingkatan 6 bawah. Jika pelajar berkenaan menolak 
tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi dan ingin masuk ke Tingkatan 6, 
mereka perlulah membuat permohonan.
Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai pengambilan kemasukan ke 
Tingkatan 6, sila hubungi Jabatan Pelajaran Negeri yang terdekat atau 
mana-mana sekolah yang menawarkan kelas Tingkatan 6.
 Sebarang pertanyaan juga boleh dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan 
Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9370.
Selamat meneruskan penjelajahan alam pendidikan anda !
 Sekiranya anda mendapat imej paparan biru yang mengatakan anda gagal menempatkan diri ke Tingkatan 6 atau  anda tidak berjaya dalam tawaran kemasukan ke tingkatan enam bawah tahun 2012.
Anda boleh membuat rayuan dengan melalui prosedur berikut:
| 1. | Calon sekolah yang tidak ditawarkan tempat di Tingkatan Enam Bawah 
2012 boleh membuat rayuan ke Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing 
melalui pengetua sekolah asal murid dengan mengunakan Borang T6BKK 
seperti di bawah. | 
| 
 | 
 | 
| 2. | Umur calon tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1hb Jan 2012. | 
| 
 | 
 | 
| 3. | Mendapat sokongan penuh daripada pengetua sekolah lama di mana murid
 mengambil peperiksaan SPM, dan mempunyai perakuan rekod disiplin yang 
baik. | 
| 
 | 
 | 
| 4. | Kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri adalah tertakluk kepada kekosongan tempat belajar dalam jurusan yang dipohon. | 
| 
 | 
 | 
| 5. | Semua rayuan yang diterima lewat daripada 16 Jun 2012 tidak akan dipertimbangkan. | 
| 
 | 
 | 
| * | Nota: | 
| 
 | 
 | 
| 
 | Rayuan yang berasaskan sebab-sebab lain seperti 
kesihatan, keadaan sosio ekonomi atau perakuan azam dan kesungguhan 
tidak akan dipertimbangkan. Dalam kes seperti ini, calon dinasihatkan 
supaya mengulang semula peperiksaan SPM pada tahun 2012. | 
 
Perhatian : Rayuan calon sekolah untuk memasuki tingkatan enam bawah 
2012 adalah berdasarkan kelonggaran atas penglibatan kokurikulum.
Perlu diingatkan calon mesti hantar borang rayuan melalui 
pengetua sekolah asal. Kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan 
tempat.
Keputusan dan penempatan adalah ditentukan oleh jabatan pelajaran negeri.
 
0 ulasan:
Catat Ulasan