Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK. DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN



                                 
16 Mei, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan jayanya. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi Pendidikan Negara”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom, selaku pegetua sekolah.

 Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 


Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com