Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Selasa, 8 Mei 2012

PENDAFTARAN TINGKATAN ENAM SESI 2012/2013

8 Mei 2012 : Sehingga kini seramai 126 calon Tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Dato' Penggawa Barat. Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.
Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 970 Seni Visual

0 ulasan:

Catat Ulasan

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com