Recent Posts
RSS Feeds
Selamat Datang Ke Laman Pra-U SMKDPB. Semoga Anda Mendapat Menafaat Dari Info Di Laman Ini.

Jumaat, 25 Mei 2012

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR PRA-U

Pada 25 Mei, program motivasi kecemerlangan pelajar prauniversiti telah diadakan. Program tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK DPB. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Hasanan b. Mohd Nor, pensyarah daripada UTM. Tujuan program diadakan adalah untuk menigkatkan daya pemikiran pelajar disamping dapat meningkatkan sahsiah mereka.

MAJLIS PERPISAHAN PN. NURULLASHIKIN BT. HJ. REE DAN PN. ROHANI BT. MUSTAPHA

Pada 25 Mei, Majlis perpisahan Pn. Nurullashikin dan Pn. Rohani telah diadakan. Majlis tersebut derlangsung di Dewan Sri Gemilang SMK DPB. Pn Nurullashikin akan berpindah ke Melaka manakala Pn. Rohani berpindah ke Kelantan.

Jumaat, 18 Mei 2012

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU HALUAN PELAJAR PRAUNIVERSITI 1 TAHUN 2012


18 Mei, Majlis Penutupan Rasmi Minggu Haluan Pelajar Prauniversiti 1 Tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya. Majlis tersebut berlangsung di Dewan Sri Gemilang SMKDPB. Majlis Penutup Minggu Haluan Pelajar tersebut dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom,selaku pengetua sekolah

Rabu, 16 Mei 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMK. DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN



                                 
16 Mei, telah berlangsungnya sambutan Hari Guru peringkat sekolah dengan jayanya. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Inovatif Melonjakkan Transfomasi Pendidikan Negara”. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Hashim B. Mohd Dom, selaku pegetua sekolah.

 Pada hari ini barisan semua guru SMKDPB mula berkumpul jam 7.30 pagi untuk diraikan dalam satu majlis rasmi iaitu Sambutan Hari Guru. Perarakan dengan paluan kompang mengiringi barisan tenaga pengajar ini hingga ke Dewan Seri Gemilang. Sebelum melangkah masuk silat menyambut telah dipersembahkan dengan gandingan pesilat-pesilat sekolah. Aturcara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. 


Dalam majlis rasmi tersebut, 2 perutusan dari Menteri Pelajaran dan Pengarah KPM telah dibacakan oleh En.Mohd Shaphri bin Mohd Yusof   dan Pengetua. Dalam ucapan Tn. Pengetua walaupun ringkas tetapi cukup bermakna kepada semua warga SMKDPB di mana beliau mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua dan menyeru kepada semua agar meneruskan lagi matlamat sekolah untuk terus menuju 

kegemilangan.Selesai acara rasmi di dewan semua guru diraikan dengan jamuan di Kantin, Sekolah. Cabutan nama bertuah anjuran Kelab Bilik Guru turut menyerikan lagi suasana majlis jamuan tersebut.

Selasa, 8 Mei 2012

SELAMAT DATANG KE SMK DATO’ PENGGAWA BARAT, PONTIAN

TAHNIAH 
KERANA MEMILIH TINGKATAN 6 SEBAGAI LANGKAH UNTUK KE UNIVERSITI  


Pada 8 Mei 2012 – Selasa, adalah hari pendaftaran pelajar – pelajar Pra 1 University ke SMKDPB. Pendaftaran pelajar- pelajar tersebut bermula jam 9.00 pagi. Pada hari tersebut turut dihadiri oleh pegawai PPD Pontian iaitu En. Nazaruddin B. Selamat. Sepanjang tempoh 2 minggu pelajar- pelajar tersebut akan menghadiri minggu orientasi bersama guru – guru dan MPPPU SMKDPB. Pelbagai aktiviti telah diatur sepanjang minggu tersebut antaranya ceramah mengenai budaya pelajar SMK BPD, sistem pembelajaran STPM dan ceramah setiap mata pelajaran STPM yang disampaikan oleh guru – guru tingkatan 6. Turut diadakan juga aktiviti bersama MPPPU antaranya LDK, ice- breaking  dan explorace.












PENDAFTARAN TINGKATAN ENAM SESI 2012/2013

8 Mei 2012 : Sehingga kini seramai 126 calon Tingkatan 6 bagi sesi 2012/2013 telah mendaftar di SMK Dato' Penggawa Barat. Walaupun pendidikan sekolah menengah kebangsaan terdiri daripada 5 tingkatan, "Tingkatan Enam" digunakan untuk menamakan program prauniversiti STPM. Kementerian Pelajaran memilih sekolah menengah yang mempunyai kebolehan untuk menawarkan Tingkatan 6. Tingkatan 6 bertempoh setahun setengah. Tingkatan 6 itu sendiri dibahagi kepada 2 peringkat; setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Pelajar tingkatan 6 pada kebiasaannya berlainan dengan pelajar di tingkatan yang lebih rendah, seperti memakai uniform yang berbeza dengan pelajar lain, diberi jawatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum dalam persatuan dan terdapat juga pelajar di sekolah tertentu menghadiri perhimpunan dan mempunyai tempoh rehat yang berlainan dengan sekolah lain.

Calon STPM menduduki maksimum 5 mata pelajaran. Kertas peperiksaan bagi mata pelajaran sains dan matematik seperti Mathematics S, Mathematics T, Further Mathematics T, Perkomputeran (Computering), Fizik (Physics), Kimia (Chemistry) dan Biologi (Biology) ditawarkan dalam dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sehingga 2007 di mana kertas peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut ditawarkan dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Bagi mata pelajaran yang lain, kertas peperiksaan masih disediakan dalam bahasa Melayu atau bahasa masing-masing.
Bagi peperiksaan STPM, pengambilan sebarang kombinasi mata pelajaran adalah dibenarkan iaitu pengambilan apa-apa mata pelajaran adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar yang memohon universiti tempatan diwajibkan mengambil Pengajian Am. Kebanyakan sekolah atau kolej menawarkan kombinasi mata pelajaran berdasarkan aliran sains atau kemanusiaan.
Senarai mata pelajaran yang ditawarkan:
  • 900 Pengajian Am
  • 910 Bahasa Melayu
  • 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
  • 922 Kesusasteraan Melayu
  • 940 Sejarah
  • 942 Geografi
  • 944 Ekonomi
  • 946 Pengajian Perniagaan
  • 948 Perakaunan
  • 950 Mathematics S
  • 954 Mathematics T
  • 956 Further Mathematics T
  • 960 Physics (Fizik)
  • 962 Chemistry (Kimia)
  • 964 Biology (Biologi])
  • 970 Seni Visual

PROGRAM TINGKATAN ENAM BAWAH





BORANG PENDAFTARAN DAN BAYARAN

Halwa Telinga


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com