Recent Posts
RSS FeedsAhad, 30 Disember 2012
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2013
7.25 - 8.00 : Perhimpunan Rasmi
Waktu 2 & 3 : Guru kelas masuk ke kelas masing-masing untuk menjalankan aktiviti Hari Pertama
Persekolahan 2013.
Waktu ke4 dan seterusnya : Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa.
Jumaat, 21 September 2012
Majlis Apresiasi Kejayaan JOHAN Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012
Majlis gilang-gemilang telah diadakan pada pagi ini bagi meraikan kejayaan mengekalkandan mengungguli Johan Kuiz Pelaburan PNB, Peringkat Kebangsaan 2012. Majlis telah disempurnakan oleh Tn.Hj Hashim bin Mohd Dom, Pengetua SMK Dato' Penggawa Barat. Majils telah diserikan lagi dengan ucapan khas oleh para peserta dan guru penasihat pertandingan, detik-detik yang berlakukan sebelum dan semasa pertandingan bermula.
KEJAYAAN KUIZ PNB KALI KE-5
Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB ini akan menguji pengetahuan peserta tentang isu-isu, istilah dan perkembangan semasa di dalam dunia pelaburan, ekonomi, perdagangan, perakaunan serta perancangan kewangan.
Selasa, 18 September 2012
Program Sedetik Habitat 1 Malaysia dan Bank Kitar Semula
Jumaat, 7 September 2012
Jamuan Hari Raya Aidil Fitri & Perasmian Laluan Berbumbung
7 September 2012 : Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuaran Kelab Guru SMK dato' Penggawa Barat telah diadakan dengan meriahnya. Sempena jamuan tersebut majlis merasmikan laluan berbumbung yang menghubungkan Dewan Seri Gemilang dengan pondok hentian bas telah disempurnakan oleh YDP PIBG Datuk Nasir bin Safar. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan meraikan Hari Ulang Tahun Tn. Hj. Hashim bin Mohd Dom yang ke 55.
Jumaat, 31 Ogos 2012
Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH, mewakili Menteri Besar Johor.
Selasa, 28 Ogos 2012
PAMERAN KERJAYA IPTS
Rabu, 15 Ogos 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H
BINGKISAN SYAWAL
Rabu, 8 Ogos 2012
Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat
Rabu, 1 Ogos 2012
PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sabtu, 21 Julai 2012
PROGRAM TADARUS AL – QURAN PRAUNIVERSITI
Khamis, 19 Julai 2012
HARI KOKURIKULUM DAN KOPERASI 2012
Pelbagai aktiviti disediakan antaranya gerai jualan, permainan ‘indoor’ dan ‘outdoor’, perkhemahan, kawad kaki, ‘explorace’ dan sebagainya. Antara objektif Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi diadakan adalah memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan, mengembangkan minat dan bakat dalam aktiviti kokurikulum, melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin dan menjadi ahli yang bertanggungjawab, membina kecerdasan mental dan kecergasan fizikal dan meningkatkan motivasi diri. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti Hari Kokurikulum dan Hari Koperasi SMKDPB.