Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH, mewakili Menteri Besar Johor.
Pertandingan
yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan
empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta,
Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Dato' Penggawa Barat nampak
ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan
bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu
pelbagai warna.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hj. Md. Razi bin Hj. Md. Jidi yang dibantu oleh pelajar-pelajar asrama yang bertungkus-lumus membuat persediaan.
0 ulasan:
Catat Ulasan