8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti
Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan 6 Bawah Mawar di Kampung Jeram
Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam
kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan
kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa
Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa
kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang
adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6,
SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.
Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa
melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai
oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat
yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada
keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu
bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang
memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi
beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat
menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang
aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api
sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka
kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas”
katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan