Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH, mewakili Menteri Besar Johor.
Recent Posts
RSS FeedsJumaat, 31 Ogos 2012
Tahniah! Johan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/31/2012 02:30:00 PTG
Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-55, 2012, Majlis Daerah Pontian telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012 peringkat Daerah Pontian. SMK Dato' Penggawa Barat telah dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan, Pencahayaan dan Mengibarkan Jalur Gemilang 2012. Penyampaian hadiah pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Y.B ENCIK HOO SEONG CHANG Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Dan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan PALOH, mewakili Menteri Besar Johor.
Pertandingan
yang bertemakan 'Pontian bersih, indah dan menarik' adalah berdasarkan
empat kategori iaitu: Institusi Kerajaan, Bangunan Swasta,
Sekolah-sekolah dan Masjid. Suasana di hadapan bangunan SMK Dato' Penggawa Barat nampak
ceria dengan kibaran Bendera Negeri Johor dan Jalur gemilang dan
bertambah bercahaya pada waktu malam dengan sinaran lampu-lampu
pelbagai warna.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Hj. Md. Razi bin Hj. Md. Jidi yang dibantu oleh pelajar-pelajar asrama yang bertungkus-lumus membuat persediaan.
Selasa, 28 Ogos 2012
PAMERAN KERJAYA IPTS
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/28/2012 12:30:00 PTG
Satu Pameran Kerjaya IPTS telah diadakan di Dewan
Seri Gemilang pada hari ini. Pameran yang bertujuan memberi panduan laluan
kerjaya kepada pelajar-pelajar yang akan tamat belajar di sekolah ini untuk
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Pameran ini telah disertai
oleh 10 IPTS, antaranya The One Academy
College, Crescendo International College, MIA College, KBU College, Metropoint
College, Taylor’s University, Manipal International University (MIA), SEGI
College, ENYA School of Beauty dan Sunway College. Semoga para pelajar mendapat
maklumat yang berguna.
Rabu, 15 Ogos 2012
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2012 / 1433 H
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/15/2012 09:26:00 PTG
15 Ogos 2012 – Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan pada
petang ini di Surau Nur Hidayah, SMKDPB. Program ini disertai pelajar Tingkatan
5 dan Tingkatan 6 Atas serta para jemputan terdiri daripada kaum keluarga guru.
Majlis yang dimulakan seawal jam 4.15 petang dan berakhir jam 6.30 pagi keesokan harinya.
Antara pengisian program kali ini
ialah Khatam Al-Quran, Tahlil Perdana, Tazkirah Ramadan, Iftar , Solat Tarawih
dan Qiamullail. Program yang dijalankan setiap tahun ini bertujuan memupuk
kesedaran kepada pelajar untuk menghargai kelebihan Ramadan dan
memanfaatkan kelebihan 10 malam terakhir.
Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan di dunia dan akhirat. Terima kasih
kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
BINGKISAN SYAWAL
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/15/2012 09:25:00 PTG
15 Ogos 2012 – Program Bingkisan Syawal diteruskan lagi pada
tahun ini. Menjadi tradisi, program ini bertujuan membantu dan meringankan
beban pelajar kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Seramai 79 orang pelajar dipilih untuk
menerimanya wang tunai yang disumbangkan oleh guru-guru SMKDPB, Kakitangan
SMKDPB dan Koperasi SMKDPB.
Program
ini disempurnakan oleh Tuan Haji Hashim, Pengetua SMKDPB. Dalam ucapannya
beliau menyeru pelajar-pelajar agar jangan menjadikan kemiskinan sebagai alasan
untuk tidak berusaha dengan gigih dalam pelajaran sebaliknya pelajar perlu
berusaha belajar untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan pelajaran sahajalah
yang dapat membantu. Beliau turut menasihatkan para pelajar agar menjaga budi
bahasa sepanjang masa.
Semoga
dengan bantuan kecil yang dihulurkan ini mampu menceriakan seisi rumah pelajar.
Terima kasih tidak terhingga kepada semua penyumbang. Selamat Hari Raya Aidil
Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
Rabu, 8 Ogos 2012
Kebakaran Rumah Warga Pelajar SMK Dato 'Penggawa Barat
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/08/2012 09:23:00 PTG
8 Ogos 2012 ; JERAM BATU, PEKAN NANAS – Sebuah rumah milik keluarga Siti
Nazilah binti Mazlan pelajar Tingkatan 6 Bawah Mawar di Kampung Jeram
Batu, Pekan Nanas musnah dalam satu kebakaran di sini semalam. Dalam
kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi, itu telah memusnahkan keseluruhan
kediaman dan harta benda yang terdapat di dalam rumah tersebut. Bapa
Nazilah telah memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa berlaku. Semasa
kejadian, pasangan ibu bapa Nazilah berada di tempat kerja dan dua orang
adiknya berada di sekolah. Masing-masing sedang bersekolah di Tahun 6,
SK Jeram Batu dan seorang lagi berada di Tingkatan 4, SMK Pekan Nenas.
Nazilah yang tinggal di Asrama, SMK Dato’ Penggawa Barat, telah dibawa
melawat rumah keluarganya yang musnah oleh sekumpulan guru yang diketuai
oleh Tn. Hj. Hashim bin Mohd. Dom, Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat
yang turut menyampaikan sumbangan hasil pungutan derma kilat kepada
keluarga berkenaan kira-kira jam 2.30 petang. Bapa Nazilah memberitahu
bahawa, isterinya menerima panggilan telefon daripada jirannya, yang
memaklumkan bahawa rumah mereka telah terbakar, kemudian menghubungi
beliau di tempat kerja. Beliau bergegas pulang, namun tidak dapat
menyelamatkan sebarang harta benda dan barang persiapan menjelang
aidilfitri ini kerana api marak dengan cepat. “Sampai di rumah, api
sedang marak dan memusnahkan seluruh harta benda dan rumah pusaka
kediaman kami, kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas”
katanya.
Rabu, 1 Ogos 2012
PILIHAN RAYA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRAUNIVERSITI SMK DPB SESI 2012/2013
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/01/2012 09:21:00 PTG
Pada 1 Ogos, Pilihan
Raya Prauniversiti telah diadakan dengan jayanya. Ianya bertujuan bagi memilih
ahli jawatankuasa MPPPU yang baru bagi sesi 2012/2013. Pilihan raya tersebut
telah diadakan di Dewan Sri Gemilang. Selain pelajar – pelajar pra – u yang
membuat pengundian, guru – guru dan barisan pentadbir Prauniversiti SMK DPB
turut serta bagi membuat undian AJK MPPPU yang baru. Bagi melicinkan perjalanan
pada pilihan raya tersebut, MPPU senior juga turut membantu dalam proses
pilihan raya tersebut berlangsung.
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Dicatat oleh
Pra-U
di
8/01/2012 09:00:00 PG
1 Ogos 2012 : Kempen Kibar Jalur Gemilang & Perayaan Bulan
Kemerdekaan Ke 55 telah diadakan agar murid-murid dapat menghayati dan
mencintai serta menyayangi Malaysia seterusnya menghargai dan
mempertahankan kedaulatan negara. Majlis bermula 7.00 pagi dengan
upacara menaikan Jalur Gemilang diikuti majlis pelancaran, simbolik
penyerahan bendera, tayangan multimedia, tokoh kemerdekaan, deklamasi
sajak dan nyanyian lagu jalur gemilang secara beramai-ramai.
Langgan:
Catatan (Atom)